Kelab Thai League 1, Muangthong United telah melantik bekas pemain import pasukan, Mario Gjurovski sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi menggantikan Alexandre Gama yang meletak jawatan pada Sabtu lalu.

Gama meletak jawatan setelah Muangthong bergelut dalam saingan Thai League 1 dimana mereka hanya mampu bersaing di kelompok pertengahan liga.

Kekalahan 1-0 kepada Trat FC menjadi perlawanan terakhir Gama yang juga pernah membimbing skuad Thailand B-21 dan B-23 Tahun.

Gjurovski beraksi buat kali pertama bersama Muangthong United pada 2012 hingga 2015 dimana beliau menjaringkan 59 gol dalam 121 perlawanan.

Pemain yang berasal dari Macedonia itu kemudiannya berhijrah ke Bangkok United dan Bangkok Glass (kini dikenali sebagai BG Pathum United) sebelum kembali ke Muangthong tahun lalu.

Gjurovski sebelumnya diberikan tanggungjawab sebagai jurulatih dalam skuad pembangunan Muangthong namun ketiadaan Gama memberi peluang kepada jurulatih berusia 34 tahun itu mengendalikan skuad utama.

Baca artikel lain mengenai Muangthong United yang telah kami sediakan di sini:

Alexandre Gama Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Muangthong United

Nissan Motor Thailand ‘Belanja’ 9 Buah TERRA Model Terkini Untuk Kegunaan SCG Muangthong United

Muangthong United Nafi Ada Kelab Jepun Mahu Dapatkan Heberty Fernandes