Kelab Thai League 1, Muangthong United merupakan salah satu kelab gergasi di Thailand dan mereka menjadi antara kelab yang menjual pemain bintangnya ke pasukan luar negara seperti Jepun dan Belgium.

Baru-baru ini, menurut data yang dikongsikan oleh Tactictimes, Muangthong telah menjana pendapatan sebanyak RM75.3 Juta sejak 2017 melalui penjualan pemain.

Berikut adalah senarai pemain yang dijual oleh Muangthong dan memberikan pendapatan lumayan terhadap kelab.

2017

1. Cleiton Silva ke Shanghai Shenxin (RM13.6 Juta)

2. Tanaboon Kesarat ke Chiangrai United (RM6.8 Juta)

Muangthong United
Sumber Gambar: Goal.com

3. Chanathip Songkrasin ke Consadole Sapporo secara pinjaman (RM2.4 Juta)

2018

4. Kawin Thamsatchanan ke OH Leuven (RM6.1 Juta)

5. Thossawat Limwannasathian ke Bangkok United (RM2.7 Juta)

6. Peeradol Chamrasamee ke Samut Prakan City (RM2.5 Juta)

7. Theerathon Bunmathan secara pinjaman ke Vissel Kobe (RM1.3 Juta)

8. Teerasil Dangda secara pinjaman ke Sanfrecce Hiroshima (RM1.3 Juta)

2019

9. Chanathip Songkrasin ke Consadole Sapporo (RM11.4 Juta)

Bangkok United
Tristan Do. Sumber Gambar: Bangkok United

10. Tristan Do ke Bangkok United (RM3.4 Juta)

11. Peerapat Notchaiya ke Bangkok United (RM2.1 Juta)

2020

12. Theerathon Bunmathan ke Yokohama F Marinos (RM4.7 Juta)

13. Heberty secara pinjaman ke Port FC (RM4.7 Juta)

14. Chenrop Samphaodi ke Port FC (RM1.3 Juta)

15. Teerasil Dangda ke Shimizu S-Pulse (RM4.7 Juta)

15. Adisorn Promrak ke Port FC (RM2.7 Juta)

Pendapatan yang diperoleh oleh Muangthong United ini sememangnya satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Pasukan Liga Malaysia boleh belajar dengan Muangthong sekiranya mereka mahu menjana pendapatan melalui penjualan pemain.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:

Port FC Terus Kumpulkan Pemain Bintang, Tandatangani Adisorn Promrak

FA Thailand Sasar Kedudukan Top 100 FIFA Ranking Jika Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.

Port FC Turut Berminat Dapatkan Khidmat Pemain Tengah Muangthong United, Sarach Yooyen