Kelab Thai League 1, Muangthong United memberi penjelasan mengenai situasi semasa penjaga gol pasukan, Dang Van Lam yang hanya memanaskan bangku simpanan pada dua perlawanan terakhir liga sebelum dihentikan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Menurut salah seorang sumber kelab, Van Lam diletakkan di bangku simpanan kerana beliau sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami ketika perlawanan pertama liga menentang BG Pathum United yang menyaksikan Muangthong tewas 2-1.

Muangthong United
Sumber Gambar: thethao247

Van Lam masih lagi menjalani latihan bersama Muangthong tatkala pemain lain mengambil cuti ekoran penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda Thailand ketika ini.

“Anda tertanya-tanya mengapa Van Lam masih berada di sini. Beliau mengalami kecederaan, lebih tepatnya pada perlawanan menentang BG Pathum.

“Staf perubatan kelab sedang bertungkus-lumus membantu beliau untuk segera pulih daripada kecederaan yang dialami,” kata sumber tersebut.

Muangthong United
Somporn Yos. Sumber Gambar: Muangthong United

Sementara Van Lam memanaskan bangku simpanan, tempat beliau diambil alih oleh bekas penjaga gol skuad B-22 tahun Thailand yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Somporn Yos.

Yos berjaya mengutip dua clean sheets pada perlawanan menentang Rayong FC dan Chonburi FC. Sebelumnya, ketika Dang Van Lam diturunkan, Muangthong United tewas kepada BG Pathum dan Bangkok United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Thai League di sini:

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Buriram United Sanggup Bayar RM1.2 Juta Bawa Penjaga Gol U23 Vietnam, Miliki Ketinggian 1.86 Meter

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3