Kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1, Muangthong United mahu memantapkan kualiti penjaga gol pasukan dengan membawa masuk bekas penjaga gol skuad kebangsaan Iran, Alexandre Lopes.

Lopes mempunyai pengalaman luas di pentas antarabangsa dimana beliau pernah melatih penjaga gol Iran yang memiliki kemampuan untuk membuat balingan bola sehingga ke tengah padang, Alireza Bieranvand, dimana pemain tersebut menampilkan prestasi memberangsangkan ketika temasya Piala Dunia tahun lalu.

Jurulatih dari Brazil itu telah memulakan sesi latihan bersama penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam yang juga penjaga gol nombor satu Muangthong iaitu Dang Van Lam.

Lopes mempunyai Lesen UEFA B dimana beliau pernah bekerja bersama pasukan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Kuwait serta kelab Indian Super League (ISL), Mumbai City FC.

Muangthong United ketika ini dibimbing oleh bekas ketua jurulatih skuad B-23 tahun Thailand, Alexandre Gama dan ketika ini menduduki tangga ke-7 dalam saingan Liga selepas memulakan musim dengan langkah kiri dimana bekas juara Thai League 1 itu satu ketika pernah menduduki zon penyingkiran.

Muangthong akan menghadapi Chainat Hornbill FC dalam perlawanan Liga yang seterusnya pada Rabu ini.