Pengurus West Ham, David Moyes nampaknya tidak dapat menahan kemarahannya ke atas pengadil ketika pasukannya tewas 1-0 di tangan Chelsea.

West Ham dalam perebutan slot 4 teratas musim ini. Kekalahan membuatkan mereka di belakang Chelsea dalam carta liga.

Chelsea menang hasil gol tunggal Werner. Jaringan pertama beliau sejak Februari lalu.

Perlawanan ini diwarnai kontroversi ketika West Ham cuba mencari gol penyamaan. Di mana pemain mereka Balbuen dilayangkan kad merah minit ke-81 ketika mengeluarkan bola.

Ian Wright, tergelak apabila merasakan pemain baru sahaja diberikan kad merah kerana menyepak bola.

Pengadil menganggap Valbuena telah melakukan tindakan susulan (follow through) dengan memijak kaki Chilwell selepas melakukan clearences.

Pengadil Chris Kavanagh awalnya hanya melayangkan kad kuning. Namun ianya berubah kepada pertukaran kepada kad merah langsung, selepas melihat di monitor VAR.

Moyes menganggap ianya kad merah paling tak masuk akal. Di mana pemain dibuang padang kerana mengeluarkan bola.

Bercakap kepada Sky Sports, Moyes berkata: “Saya rasa ianya keputusan yang dibuat oleh seseorang yang tak pernah main bola langsung.”

“Saya tak tahu, di mana Balbuena dikatakan berniat ‘menanam’ kakinya. Jika mereka memutuskan keputusan sebegitu, maka lihat juga insiden beberapa minit kemudian. Kali ini melibatkan Vladimir Coufal dan [Antonio] Rudiger – ianya sangat mirip dan mereka tak berbuat apa apa langsung pun tentangnya.”

“Saya tak tahu macamana ianya boleh kad merah. Saya tak tahu di mana pemain itu harus meletakkan kakinya? Dan kamu mungkin seseorang yang tak tahu langsung tentang bola sepak, tak pernah bermain bola sepak langsung.”

“Saya tak dapat fikirkan bahawa itu memudaratkan, atau dia cuba memerangkap kaki lawannya. Saya rasa ini adalah keputusan pengadil yang sampah.”

Kritikan terbuka Moyes ini sudah pasti akan membuatkan beliau berisiko dikenakan tindakan oleh Premier League.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Gol Masa Kecederaan 90+5 Willock Buat Liverpool Berputih Mata

Perez Ingatkan 12 Pasukan ESL Tak Boleh Tarik Diri Kerana Terikat Dengan Kontrak

EPL: Kesilapan Leno Tambah Derita Arsenal