Tottenham Hotspur memastikan kemaraan merwka di dal Piala Carabao setelah menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti 5-4.

Perlawanan sebenar berakhir 1-1 selepas Chelsea sekali lagi melepaskan bolos pada babak akhir.

Spurs menghadapi jadual yang sangat padat. Dua hari lalu, mereka berdepan dengan Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris. Dan selepas ini mereka akan bertemu Maccabi Haifa di Kelayakan Liga Europa.

Dalam aksi guru dan murid di antara Mourinho vs Lampard – Tottenham ketinggalan pada babak pertama menerusi gol Timo Werner pada minit ke-19.

Namun berjaya Spurs menyamakan kedudukan menerusi jaringan gol Eric Lamela pada minit ke-84.

Penjaga gol baru Chelsea, Edouard Mendy bermain sangat baik. Beliau melakukan banyak sekali penyelamatan dalam perlawanan ini.

Dalam penentuan sepakan penalti, Spurs memastikan mereka menyempurnakannya 100%. Sementara itu Chelsea gagal menyempurnakan satu penalti menerusi Mason Mount.

Selepas tamat perlawanan Jose Mourinho menyatakan mereka berhak menang kerana tampil sebagai pasukan lebih baik.

“Apa yang ditunjukkan pemain malam ini luar biasa. Kami baru saja menjalani perlawanan dengan intensiti tinggi di Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lalu.

“Dan pada perlawanan malam ini kami menghadapi Chelsea dengan intensiti yang sama.”

“Kami menghadapi perlawanan ini dengan baik oleh para pemain – pepanjang aksi mereka terus berlari untuk memberi tekanan kepada lawan.”

“Bagi saya untuk memenangi penalti perkara kedua, apa yang ditunjukkan pemain di atas padang adalah hebat, “kata Jose Mourinho dalam temu bual selepas perlawanan.

Kenangan ini mengakhiri rekod buruk Jose Mourinho ketika bertemu dengan protegenya, Frank Lampard.

Ketika perlawanan berlangsung terdapat insiden panas di tepi padang melibatkan Frank Lampard dan Jose Mourinho.

Lampard bengang dengan Jose Mourinho yang menurutnya lebih banyak bercakap dengan pengadil berbanding memberikan arahan kepada pemainnya.

Jose Mourinho dilaporkan membalas, Lampard hanya duduk sahaja ketika pasukannya ketinggalan 3-0 sebelum ini di tangan West Brom.

Bagi Mourinho Frank Lampard harus melakukan lebih baik di tepi padang ketika pasukannya memerlukan.

Ini bukan pertama kali kedua dua pengurus bertikam lidah. Musim lalu Lampard dan Mourinho juga tidak sehaluan.

Frank Lampard dan Chelsea sah sudah terlepas satu piala musim ini. Dan Lampard masih berusaha untuk memberikan hasil lebih baik di atas padang selepas berbelanja £220 juta.

Baca juga perkembangan lain

Arteta Akur Liverpool Jauh Lagi Bagus Dan Puji Kualiti Van Dijk

EPL: Liverpool Kekal Permulaan Sempurna, Diogo Jota Skor Pada Hari Debut

Rodri Perlekeh Kemenangan Leicester: “Mereka Tak Main Bagus Mana Pun, Cuma Bernasib Baik”

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group