Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menganggap peluang kedua kepada pasukan lamanya – Manchester United – di Europa League sebagai tidak adil.

Mourinho jelas terasa terancam dengan kegagalan pasukan seperti United meneruskan kemaraan ke kalah mati UCL dan kini bersaing dalam kalah mati Europa League.

Mourinho percaya bahawa Man United kini menjadi pasukan pilihan utama untuk memenangi Liga Europa 2020/2021.

Menurutnya, peluang Man United untuk menjadi juara terbuka luas kerana kualiti pasukan tersebut berbeza daripada pasukan Spurs dan Arsenal sebagai contoh.

“Man United adalah salah satu pasukan terkuat untuk memenangi pertandingan ini [UEL],” kata Mourinho.

“Ianya tidak adil, sebuah pasukan yang tersingkir daripada pertandingan lain, diturunkan ke satu lagi pertandingan lain.”

“Pasukan beradad di Liga Juara-Juara Eropah yang kuat biasanya tidak layak beraksi di Liga Europa.”

Mourinho menyatakan dia kecewa seolah olah UEFA menghadiahkan pasukan yang gagal di UCL dengan satu lagi peluang di UEL.

“Ini adalah asas prinsip, dan jika ia berlaku kepada pasukan saya, saya pun akan rasa benda yang saya.”

“Man United adalah salah satu pasukan terkuat. Kumpulan ini [kumpulan H UCL] sangat sukar dengan Paris Saint-Germain dan Leipzig. Kami tahu tidak akan mudah bagi mereka”

“Dan bila kamu ada 8 pasukan daripada UCL, 8 pasukan yang bertaraf di peringkat lebih tinggi, bermain di Liga Europa, sudah tentunya kualiti pertandingan Liga Europa akan naik, itu pasti.”

“Dan apabila kualiti meningkat, maka fokus pun meningkat. Itu adalah kebaikannya kepada pertandingan ini. Jangan lupa tentang itu.”

“Namun, dari sudut pandangan kesukanan, di mana saya rasa ianya tidak adil.”

“Sama juga, kamu bayangkan kalau ada pasukan yang gagal di Europa ditolak ke kejohanan kelas ketiga Eropah, dan bukannya menamatkan saingan mereka terus.”

“Di mana satu pasukan yang gagal di pertandingan lain, diturunkan ke pertandingan lain.”

“Dalam bola sepak, ada kalanya kita gagal, tidak bernasib baik, dan cuba lagi musim hadapan.”

“Namun ini sudah aturannya [daripada UEFA], dan ianya tiada kaitan dengan saya.”

Baca juga perkembangan lain

Griezmann Tamatkan Kontrak Dengan Huawei Kerana Berkomplot Tindas Etnik Uighur

TERKINI: Qatar Benarkan Bendera Pelangi Dan LGBT Berkibar Di Stadium Piala Dunia 2022

UCL: Tandukan Benzema Hantar Real Madrid Ke Kalah Mati