Jose Mourinho mengesahkan bahawa penyerang sayap mereka, Gareth Bale mengalami kecederaan sekali lagi dan akan tersisih untuk beberapa minggu lagi.

Bale setakat ini hanya sekali menjadi kesebelasan utama dan hanya merekodkan 161 minit aksi di atas padang.

Bale menyertai Spurs secara pinjaman dalam ketika beliau sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan lututnya.

Mourinho berkata: “Saya rasa Bale tidak cergas beraksi. Dan saya tak rasa dia mengalami cedera serius. Namun saya boleh katakan dia akan berehat untuk beberapa minggu.”

Bale dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pengelangan kakinya. Bale sebelum ini tidak beraksi berdepan dengan Wolves selepas dikeluarkan pada separuh masa ketika suku akhir Piala Carabao berdepan dengan Stoke.

Di mana dalam perlawanan tersebut beliau menjaringkan gol menerusi tandukan.

Mourinho mendedahkan selepas merasai kesakitan, Bale tidak dapat meneruskan perlawanan untuk separuh masa kedua kerana kecederaan di kakinya.

Lalu Mourinho mengesahkan bahawa pemain itu akan berehat untuk beberapa perlawanan dan sudah pastinya tidak akan tampil berdepan Fulham pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Pasukan Fulham ketika ini, dalam prestasi yang agak baik. Mereka seri 4 perlawanan liga mereka dengan hanya bolos dua kali.

Mourinho berpendapat Fulham sudah menemui cara bermain yang baharu.

“Fulham sekarang bermain dengan cara berbeza. Mereka melupakan beberapa falsafah yang mereka percayai sebelum ini.”

“Dan kini mereka ada falsafah baharu. Kesannya mereka mendapat beberapa keputusan yang sangat positif. Ini akan menjadi perlawanan yang sukar.”

Baca juga perkembangan lain

Diikat Eibar, Koeman Tak Yakin Barca Mampu Juara, Anggap Atletico Semakin Kuat

Tuchel Sedia Ganti Frank Lampard Di Chelsea

Rashford Jaring Gol Kemenangan Dramatik Pada Masa Kecederaan