Jose Mourinho tidak dapat menerima kekalahan di Anfield.

Ini kerana menurutnya pasukan beliau adalah pasukan terbaik berbanding dengan Liverpool dalam aksi menentang Liverpool pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Liverpool menang 2-1 menerusi jaringan Mohamed Salah dan tandukan lewat Roberto Firmino. Sementara gol tunggal Spurs dijaringkan pemain sensasi Korea Selatan, Son Heung Min.

Mourinho pergi ke arah Jurgen Klopp dan menyatakan sesuatu selepas tamat perlawanan.

Dan beliau menyatakan tentang apa yang dia katakan kepada Jurgen Klopp.

“Pasukan terbaik kalah dan dia tidak setuju tetapi itu pendapatnya,” kata Mourinho.

Mourinho kemudian mengkritik Jurgen Klopp yang menurutnya mengganggu tugas pengadil di tepi padang.

“Sekiranya saya berkelakuan seperti itu di tepi padang, saya tidak berpeluang langsung untuk terus kekal di sana. Saya diusir dalam satu minit.”

Jurulatih Portugal itu juga secara konsisten memuji pemainnya untuk persembahan mereka musim ini dan malam ini tetap cemerlang.

“Prestasi yang sangat baik, tentu ada beberapa kesalahan, beberapa perkara yang perlu diperbaiki, hasil perlawanan yang sangat tidak adil.”

“Para pemain saya mengatakan bahawa saya adalah betul ketika saya – sejak awal musim – mengatakan bahawa kami akan pergi ke setiap perlawanan untuk menang.”

“Kami bermain menentang juara di stadium mereka dan kami mempunyai peluang terbaik untuk menang.”

“Pasukan ini cemerlang. Hari ini Liverpool tidak kelihatan pasukan yang menjadi juara, juara Eropah, juara dunia – perbezaan itu tidak ketara di padang hari ini.”

Ketika Klopp diberitahu bahawa Jose Mourinho telah menuduh jurulatih Jerman itu dilayan secara berbeza berkaitan tingkah lakunya di tepi padang.

Selain daripada itu, Jose Mourinho turut menyalahkan tiang yang menjadi penghalang kemenangan pasukannya. Merujuk kepada percubaan Bergwijn.

Mourinho menafikan bahawa pasukannya bermain untuk seri dalam perlawanan ini. Selepas aksi defensif ditunjukkan mereka.

Beliau menegaskan bahawa, pasukannya sentiasa bermain untuk menang, cuma keputusan pada hari ini sangat sangat tidak adil.

Klopp setuju dengan kenyataan wartawan ketika memberitahu bahawa Mourinho memberitahunya bahawa Spurs pasukan terbaik yang kalah. Namun Klopp tak pasti tentang isu kelakuan pengurus di tepi padang.

Klopp geli hati apabila mengenangkan perkara itu.

Klopp berkata, “Bahasa Inggeris saya lebih teruk daripada yang saya sangka! Yang saya dengar tadi dia memberitahu saya bahawa pasukan yang lebih baik kalah dan tidak ada apa-apa mengenai tingkah laku saya di tepi padang! ”

Klopp enggan memberikan komen lanjut tentang perbandingan Mourinho yang mengklaim pasukannya jauh lebih baik daripada juara bertahan.

Baca juga perkembangan lain

Walcott Melihat Arsenal Ketakutan Menentang Mereka, Dan Jelaskan Kenapa Dia Meraikan Gol

EPL: Tandukan Minit 90 Firmino Julang Liverpool Ke Puncak

Guardiola Kritik Ketumpulan Pasukannya, 78% Penguasaan, 26 ‘Shot’ Masih Tak Menang