Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

José Mourinho telah membongkar kembali taktikal yang beliau gunakan ketika berdepan Barcelona dalam aksi separuh akhir UCL menentang Barcelona. Ketika itu Mourinho menjadi pengurus Inter Milan.

Walaupun juara bertahan mendahului lebih awal menerusi gol Pedro, namun Inter Milan bangkit untuk menang 3-1 di San Siro – hasil gol Wesley Sneijder, Maicon dan Diego Milito.

Inter melengkapkan treble mereka dengan kejuaraan UCL musim tersebut.

Menerusi satu slot analisis taktikal di The Coaches’ Voice, Mourinho membincangkan semula bagaimana mereka mempersiapkan diri dan juga melaksanakan taktikal untuk menewaskan gergasi Catalan.

Mourinho menegaskan, perancangan taktikal mereka adalah berdasarkan masalah utama yang mereka akan hadapi iaitu Lionel Messi – di mana The Special One berseloroh awalnya menyatakan dia lupa siapa nama pemain wing kanan Barcelona pada masa itu.

Menyukarkan Barcelona

Mourinho menyatakan bahawa fokus utama mereka adalah cuba ‘menyakitkan’ lawan mereka. Dari segi struktur, mereka bermain 4-3-3 dengan Etoo, Milito, dan Pandev sebagai penyerang 3 serangkai.

Cambiasso dan Motta berada di belakang Wesley Sneijder di bahagian tengah.

Ketika dalam aksi, Pandev akan berada lebih ke bahagian tengah.

“Pandev akan masuk lebih ke bawah di tengah, berbanding Etoo yang lebih dekat dengan Diego, ianya lebih kepada ‘diamond’ di tengah.”

Menghentikan impak Messi secara berpasukan

Mourinho menambah, mereka sudah bersedia dengan potensi masalah utama mereka di atas padang. Dengan Ibrahimovic sebagai nombor 9 dan Messi yang bermain di bahagian sayap kanan – tetapi jelas sekali Messi bermain dengan peranan bebas.

-1-José-Mourinho-Tactics-Inter-3-Barcelona-1-–-Masterclass-YouTube

Selain itu Daniel Alves adalah pemain yang sentiasa suka naik ke atas dan mencipta sesuatu dari sebelah Messi. Dan Inter Milan banyak memikirkan apa yang akan mereka lakukan ketika Alves naik ke atas dan Messi masuk ke dalam – ke zon 14.

-1-José-Mourinho-Tactics-Inter-3-Barcelona-1-–-Masterclass-YouTube (1)

“Jika kita suruh Zanetti rantai Messi, kemudian, Messi akan menarik dia ke dalam, lalu situasi ini akan memberikan ruang kepada Alves. Jadi Pandev harus ‘track’ Alves dan bermain sebagai bek kiri.”

“Jadi bagaimana kita nak selesaikan masalah ini?”

-1-José-Mourinho-Tactics-Inter-3-Barcelona-1-–-Masterclass-YouTube (2)

Mourinho berpendapat, mustahil untuk Zanetti berhadapan dengan Messi seorang diri secara terus tanpa memikirkan opsyen tambahan lain.

Lalu Mourinho mejelaskan seorang pemain tengah defensif mereka harus menguasai zon di sebelah Messi itu di tengah dan sentiasa berkomunikasi dengan bek kiri mereka.

Mourinho menyatakan, pemain DM dan bek kiri mereka harus tahu bila masa Messi akan berada di bawah kawalan bek kiri ataupun DM. Pada masa yang sama, jika DM mereka ditarik keluar, itu adalah momen di mana Pandev harus turun ke bawah.

The Special One dengan jelas menyatakan bahawa 3 pemain tersebut – Motta, Zanetti dan Pandev harus ada idea permainan dan komunikasi sepanjang masa.

Dan beliau juga menegaskan bahawa media Itali menganggap mereka bermain ibarat ‘memenjarakan’ pada Messi.

Tanggungjawab semua pemain

“Rumusannya, kami tidak bermain secara man to man. Tetapi kesemua pemain termasuk Cambiasso bertanggungjawab untuk menghentikan Messi seberapa yang kami mampu.”

“Jika Messi pergi lebih ke kiri, maka Cambiasso akan merantai dia dan Sneijder akan turun ke bawah menutup ruang. Jadi keputusan yang kami ambil adalah berdasarkan posisi yang menjadi masalah kami.”

Kemudian Mourinho memberikan pandangannya tentang penguasaan bola oleh Barcelona. Di mana pasukan Pep Guardiola itu kerap membuli lawannya dengan penguasaan bola tinggi dan memecahkan pertahanan lawan mereka.

Mourinho berkata: “Mereka akan menguasai bola lebih banyak daripada kita, jelas sekali. Kerana rata rata, mereka menggerakkan bola banyak kali tanpa menyakitkan kita. Dan kita harus kuat secara mental untuk berhadapan dengannya.”

“Biarkan mereka menguasai bola tetapi jangan benarkan mereka mencipta banyak peluang.”

Saksikan analisis penuh Mourinho di sini:

Baca juga artikel lain

Beberapa Jam Selepas Jumpa Presiden Barcelona, Raiola Dan Ayah Haaland Ke Madrid Pula

Jerman Dimalukan Macedonia Utara, Low Kritik Kegagalan Werner Ini Sebagai ‘Turning Point’

Insiden Baling ‘Armband’, Fernando Santos Bela Ronaldo Kekal Kapten Portugal

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group