Ketika pemain bola sepak dari seluruh dunia sedang “berkurung” dan menjalani latihan kecergasan di rumah masing-masing akibat penyebaran wabak COVID-19, Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho bertindak mengadakan sesi latihan bersama tiga pemainnya di taman awam Utara London semalam.

Mourinho yang turut memakai jersi latihan rasmi kelab berdepan amaran daripada pihak polis selepas dia dirakam mengendalikan latihan tanpa mematuhi penjarakan sosial (Social distancing) bersama tiga orang pemain.

Antara pemain yang dilihat menjalani latihan dibawah Mourinho adalah Tanguy Ndombele. Namun, sebuah video tular di media sosial menunjukkan Davinson Sanchez dan Ryan Sessegnon turut berjoging bersama tanpa mematuhi penjarakan sosial sejauh dua meter yang ditetapkan pihak kerajaan.

https://twitter.com/JollofSports/status/1247639387359371265

Tottenham Hotspur mengeluarkan kenyataan rasmi memberi amaran kepada semua pemain dan jurulatih agar mematuhi perintah kerajaan untuk kekal berada di rumah masing-masing bagi mengelakkan penyebaran wabak pandemik.

“Semua pemain kami sudah diingatkan supaya mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan apabila mengadakan senaman di luar. Kita perlu terus mematuhi arahan berkenaan,” kata Spurs menerusi kenyataan dikeluarkan.

Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan perjalanan sukan bola sepak sehingga memberi kesan buruk kepada kantung kewangan pasukan masing-masing. Britain setakat ini melaporkan 786 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

“Sehingga 5 petang 6 April, seramai 6,159 pesakit coronavirus di hospital United Kingdom meninggal dunia,” menurut Twitter Kementerian Kesihatan.

Jumlah itu meningkat berbanding 5,373 kematian sehingga Isnin lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.

Messi Bukan Penyelesaian Masalah Serie A Yang Tak Pandai Buat Duit

Walker Adakan Pesta Seks Di Tengah Lockdown, Man City Ambil Tindakan

Liverpool Dikecam Kerana Pakai Duit Rakyat