Jose Mourinho nampaknya tidak gembira dengan hantaran Instagram Gareth Bale yang menurutnya tidak menggambarkan situasi sebenar.

Mourinho sebelum ini mendedahkan bahawa Gareth Bale meminta agar dia di-‘scan’ kerana mengalami sedikit rasa tidak selesa pada fizikalnya.

Mourinho ditanya kenapa beliau tidak menurunkan Gareth Bale dalam aksi berdepan Everton. Di mana pasukan mereka tewas 5-4 di dalam aksi Piala FA.

Mourinho menjelaskan, Bale tidak diturunkan kerana dia tiba tiba meminta diimbas pada bahagian ototnya.

“Rasanya lebih baik kalau saya katakan, kita bermain menentang West Brom pada Ahad dan dia tidak bermain, dia berada di bangku simpanan.”

“Pada Isnin, saya agak terkejut apabila dia mahu masuk ke bilik rawatan untuk imbasan kecederaan kerana merasakan dia rasa seperti ada kesakitan.”

“Dia tak berlatih pada Isnin dan kemudian pada Selasa dia berlatih. Namun saya dimaklumkan ianya lebih kepada kerana dia mahu bekerjasama dengan jabatan sains sukan untuk beberapa hari bagi menguatkan bahagian fizikalnya yang dia rasa agak sakit.”

“Inilah sebab kenapa dia tak berada di sini. Saya tak rasa ianya kecederaan yang jelas. Saya cuma boleh kata dia rasa tidak selesa sebab tu dia tak boleh berikan 100% dalam latihan.”

Ditanya pandangan beliau tentang Bale yang bermain dalam penampilan sangat terhad musim ini.

Mourinho enggan mengulas lebih lanjut. Beliau berkata: “Gareth tiada di sini pada masa ini. Saya nak jelaskan keadaan, dan saya sangat jujur dan terbuka tentangnya.”

Ini bukan pertama kali Bale meminta dirinya dikecualikan daripada perlawanan penting. Di Real Madrid beliau pernah menghantar surat sakit kepada Zinedine Zidane.

Lebih mengejutkan, selepas menghantar MC, beliau bermain golf dan memuat naik di media sosial.

Zidane tidak suka dengan disiplin Gareth Bale. Dan tidak sehaluan dengan pemain tersebut.

Dan terbaru, Mourinho sekali lagi menjadi mangsa spekulasi bahawa beliau sebenarnya sengaja tidak menyenaraikan Bale dalam aksi berdepan Everton.

Ini gara gara satu post instagram Bale dua hari lalu menunjukkan pemain itu turun berlatih dengan kapsyen dia dalam keadaan sangat baik. Dan menggambarkan dirinya sudah bersiap sedia untuk beraksi.

Mourinho merasakan status itu akan membuatkan reputasinya calar.

Mourinho berkata: “Terdapat percanggahan antara ‘posting’ dan realiti.”

“Sejak awal musim ini, berkaitan dengan apa sahaja, saya telah berusaha untuk bersikap sangat tertutup [peribadi] dan menyimpan segala-galanya di dalam ‘rumah’.”

“Tetapi saya merasakan bahawa saya perlu menangani situasi tersebut.”

“Mungkin dia tak bertanggungjawab ke atas hantaran itu [mungkin dimuat naik pengendali media soial], tetapi ianya menunjukkan bahawa sesi latihan itu hebat dan ianya benar benar tidak betul.”

“Oleh itu, ketika ditanya, saya harus memberikan jawapan sebenar. Saya ulang. Dia tidak berasa bagus. Dia meminta imbasan. Dia menjalani imbasan.”

“Imbasan tidak menunjukkan kecederaan tetapi perasaannya masih ada merasakan sesuatu pada badannya. Tetapi sebagai jurulatih, pegawai perubatan kami tidak akan pernah menentang perasaan pemain.”

Baca juga perkembangan lain

Suku Akhir Piala FA: Maguire Jumpa Kelab Lama, Everton Bertemu City

Bayern Munich Juara Dunia Dengan Sextuple

Maguire Idam Trofi Pertama