Jose Mourinho sangat kecewa dengan pengadilan pada hari ini. Pasukannya gagal mendapat tiga mata pada saat akhir kerana VAR.

Di mana Newcastle United mendapat penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Eric Dier.

Daripada pemerhatian kami, Eric Dier tidak ada melakukan kesalahan secara sengaja dan bola datang daripada arah belakangnya.

Namun pengadil perlawanan telah memberikan penalti selepas menonton semula insiden itu menerusi monitor VAR.

Spurs mendahului dengan gol oleh Lucas Moura pada separuh masa pertama.

Namun skuad Mourinho gagal mendapatkan gol kedua sepanjang baki perlawanan.

Ketika mereka berkira kira untuk mendapat 3 mata daripada perlawanan ini, mereka disentak dengan penalti yang diberikan kepada Newcastle.

Newcastle sebelum itu tidak merekodkan sebarang percubaan tepat.

Callum Wilson hanya melakukan on target menerusi penalti terakhir itu dan menyamakan kedudukan.

Ketika diminta memberikan komennya tentang VAR, Mourinho menyatakan dia tak akan buang masa untuk komen pasal VAR yang membawanya kepada masalah lain.

Di mana beliau pasti akan didenda kerana memberikan komen tentang pengadil.

Jose berkata: “Saya lebih memilih untuk memberikan wang saya kepada kebajikan berbanding memberikannya kepada FA kerana didenda [akibat memberikan komen insiden VAR].”

Selepas wisel penamat, seorang jurulatih Spurs dilayangkan kad merah kerana protes.

Semalam Roy Hodgson juga mengamuk dengan VAR selepas beliau menuduh penilaian ke atas insiden handball kini terlalu lemah.

Baca juga perkembangan lain

Gol Penalti Selepas Wisel Penamat United Adalah Sah! Ini Penjelassannya

Morata Pulang Kerana Nak Tolong Juventus Julang UCL

EPL: Chelsea Berkeringat Kejar 3 Gol, Tammy Abraham Tuntut Kredit Daripada Peminat