Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengurus Roma José Mourinho memuji aksi dan semangat pasukannya atas persembahan mereka dalam kemenangan 4-2 ke atas Empoli petang semalam.

Giallorossi menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama dan mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, bagaimanapun, keadaan menjadi agak mencemaskan kelab Tuscans menjaringkan dua gol dan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol.

Walaupun aksi pasukannya agak tidak memuaskan selepas rehat. Namun Mourinho memilih untuk kekal positif dan bersangka baik sambil menyatakan bahawa aksi separuh masa kedua adalah untuk peminat supaya ada hiburan.

Mourinho tetap melabel kemenangan mereka sebagai satu pencapaian besar.

“Ya, kami boleh mengawal permainan dengan lebih baik lagi, tetapi ini masih satu pencapaian besar,” kata beliuau kepada DAZN.

“Bukan mudah untuk menang 4-2 di sini.”

“Menjelang perlawanan ini, kami sudah tahu bahawa Lazio, Atalanta, dan Fiorentina semuanya kehilangan mata di sini.”

“Jadi penting bagi kami untuk menang dan kami berjaya melakukannya.”

“Untuk aksi kami di separuh masa kedua, kami melakukannya untuk penonton. Mereka pasti akan menutup TV mereka apabila kami mendahului sampai 5-0,” kata Mourinho sambil ketawa.

Selain itu, Mourinho memuji pemain tengah baru mereka iaitu Sergio Oliveira. Pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan gol untuk perlawanan liga buat kali kedua berturut-turut selepas perpindahannya ke kelab itu sepuluh hari lalu.

“Dia berbeza daripada pemain lain yang kami ada, tetapi dia bukan seorang regista [pemain no.6] – seperti mana gelaran yang kamu panggil di sini di Itali.”

“Tetapi saya tahu dia boleh membuat lebih baik lagi dari sudut fizikal dan membuat keputusan.”

“Dia bukanlah seorang yang fenomenal dari sudut teknikal, tetapi dia jarang membuat keputusan yang salah.”

“Selain itu, dia mempunyai personaliti yang tinggi dan tahu bagaimana untuk menguruskan masa dan bila untuk melakukan foul.”

“Saya tidak mengatakan ia adalah kes yang berbeza di sini, tetapi apabila dia bermain di sebuah kelab yang berjuang untuk kejuaraan liga [sebelum ini], dia mengambil sikap dan mentaliti yang lain, itulah yang kita perlukan.”

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group