Jose Mourinho telah membangkitkan semula perseteruannya dengan Eden Hazard selepas perang di antara mereka di Chelsea. Terbaru, Mourinho mendedahkan sikap malas Eden Hazard ketika sesi latihan.

Hazard dan Mourinho bekerjasama di Chelsea selama dua setengah tahun dan berjaya memenangi Liga Perdana pada 2014/15. Hazard dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA pada ketika itu.

Tetapi persembahan The Blues jatuh teruk pada musim berikutnya. Lebih mengeruhkan keadaan, Jose Mourinho dengan terbuka mengutuk Eden Hazard dan menyindir pemain tersebut,

Mourinho menegaskan bahawa, Chelsea seringkali bermain dengan 10 pemain sahaja. Merujuk kepada Hazard yang sudah tidak ada hati bermain untuk pasukan pada ketika itu.

Masa depan Hazard di Chelsea pada ketika itu malah menjadi tanda tanya. Pemecatan Mourinho telah membuatkan Hazard terus kekal dan dia kembali ‘menggila’ sekali lagi dengan prestasi cemerlangnya di bawah Antonio Conte.

Bercakap kepada TalkSPORT, Mourinho mendedahkan “Kebenaran mengenai Eden Hazard?”

Mourinho berkata: “Yang nyata adalah apa yang anda lihat dari diri dia: dia adalah pemain luar biasa dengan sikap yang teruk ketika berlatih.”

“Anda hanya dapat membayangkan apa yang dia akan dapat [jika berlatih] dengan sikap super profesional dalam latihan.”

Mourinho memuji kehidupan peribadi Hazard yang tenang, memanggilnya lelaki keluarga yang sangat berdedikasi.

Tetapi Jose yakin pemain berusia 30 tahun itu harus sampai ke tempat selayaknya dia berada, jika dia memanfaatkan bakatnya. Kalau itu berlaku, Hazard pastinya dapat memenangi Ballon d’Or.

Itu hanya boleh dicapai dengan kerja keras yang luar biasa terutama sekali di pusat latihan.

“Dia adalah budak yang luar biasa … Tetapi dia masuk ke padang setiap pagi dan dia bekerja ala kadar sahaja.”

“Ketika dia masuk ke padang [semasa perlawanan sebenar], anda tidak akan melihat cerminan apa yang dia lakukan sepanjang minggu [di pusat latihan], sebaliknya anda hanya melihat bayangan bakatnya.”

“Dia adalah pemain yang luar biasa dan anda boleh bayangkan jika dia adalah profesional tingkat tertinggi [dia pasti lebih berjaya].”

“Ketika dia pergi ke Real Madrid, saya fikir wow, pemain ini akan pergi ke kelab terbesar di dunia dan akan merasakan tekanan besar ini untuk selalu berada di tempat yang teratas – pemain ini akan memenangi Golden Ball [Ballon d’Or], kerana dia luar biasa.”

“Tetapi dari segi kecergasan, kepantasan, keadaannya, dia akan menjadi pemain yang lebih baik [jika dia berlatih dengan betul]. Apa yang anda lihat hanyalah bakat yang membawa Eden ke tempat dia berada.”

“Dia mengalami lebih banyak kecederaan di Real Madrid, dan tidak begitu banyak pada waktu saya bersama Chelsea. Dia mungkin mengalami satu kecederaan tetapi itu tidak besar.”

“Tetapi di Madrid dia mengalami dinamik yang negatif ini dengan kecederaannya dan itu mungkin mempengaruhi dia.”

Hazard berhijrah ke Real Madrid dengan yurang perpindahan lebih dari €100 juta pada tahun 2019. Namun buat masa ini, kariernya di Real Madrid masih jauh daripada apa yang beliau pamerkan di Chelsea.

Baca juga artikel

Pelakon Dan Penyanyi Popular Thailand Sertai Ratchaburi FC Dengan Kontrak Selama 6 Bulan

Rumah Harimau Malaya Jadi Pusat Pemberian Vaksin Berskala Besar

Cristiano Ronaldo Pemain Pertama ‘Clear’ Bola, Buat Pecutan 32 Km/j Dan Jaringkan Gol Pertama Portugal