Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jose Mourinho tidak dapat menahan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan pengadil menghadiahkan penalti kepada Spurs dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Mourinho menganggap City mendapat manfaat daripada modenisasi pada penalti. City mendapat penalti selepas Ilkay Gundogan terjatuh dan pengadil merasakan ada kontak daripada Pierre-Emile Hojberg.

Insiden itu berlaku pada pertengahan babak pertama. Rodri mengambil penalti tersebut dan meletakkan City di hadapan.

Mourinho menganggap penalti itu terlalu lembut tetapi tidak menafikan ada sentuhan daripada Hojberg. Malang sekali VAR tidak mengubah pendirian pengadil.

Bercakap kepada Sports, Mourinho menyindir bahawa sekarang ini ada proses pemodenan dalam penalti.

“Penalti moden, di mana, walaupun kamu disentuh dengan kuku sekalipun di dalam kotak penalti, ia boleh menjadi penalti.”

Mourinho kemudian membidas seolah olah ada pilih kasih dalam pemberian penalti seperti itu.

Mourinhho juga membidas beberapa pasukan yang menurutnya, pemain mereka sangat mudah untuk menjatuhkan diri kerana VAR.

“Sudah tentu ianya bergantung kepada lawan, bergantung kepada pasukan. Namun untuk yang lain, jika kamu menyentuh mereka dengan kuku, ianya penalti.”

“Kemudian kamu akan pergi melihat VAR. Lalu VAR pula tidak menafikan bahawa ada sentuhan, kadangkala dengan ibu jari kaki, kadangkala dengan kuku, kadangkala dengan hidung.”

“Kamu memang tak dapat menafikan, mesti ada sentuhan berlaku. Sebab itu saya panggil ia penalti moden.”

Dalam satu lagi temuramah dengan BeIN, Mourinho menganggap para pemain pada hari ini sudah hilang keberanian dalam bola sepak kerana VAR.

Semua pemain takut untuk melakukan cabaran secara fizikal dengan pemain lain.

Selain daripada gol penalti oleh Rodri, City menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua menerusi Ilkay Gundongan pada minit ke-50 dan minit ke-66.

Baca juga perkembangan lain

Klopp: ‘Liverpool Kibar Bendera Putih’

EPL: Liverpool Kalah Lagi, Alisson Buat Kesilapan Ngeri Sekali Lagi

EPL: Liverpool Kalah Lagi, Alisson Buat Kesilapan Ngeri Sekali Lagi

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group