Pengurus AS Roma, Jose Mourinho ternyata memang prihatin ke atas Granit Xhaka.

Sebelum ini Mourinho cuba mendapatkan Xhaka dari Arsenal. Namun gagal kerana kedua dua kelab gagal mempersetujui harga pemain tersebut.

Tetapi Mourinho ternyata pengurus yang mengikuti perkembangan Xhaka.

Terbaru, Mourinho menasihati agar pemain Arsenal itu mengambil vaksi covid-19. Ianya selepas pemain itu disahkan dijangkiti covid-19 ketika tugasan antarabangsa untuk Switzerland.

Pengurus Switzerland, mengesahkan bahawa Granit Xhaka merupakan pemain yang setakat ini masih tidak mahu mengambil vaksin.

Xhaka menolak untuk disuntik vaksin walaupun digalakkan untuk berbuat demikian.

Dalam satu status Xhaka di Instagramnya, pemain itu menyatakan: “Teruja dengan cabaran baharu di hadapan.”

Mourinho di ruangan komen berkata: “Cucuklah vaksin Granit dan berjaga jagalah.”

Xhaka kemudian membalas: “Terima kasih encik.”

Xhaka terkena virus tersebut, bermakna dia akan terlepas aksi penting kelayakan Piala Dunia berdepan Itali dan Ireland.

Ketua Perhubungan FA Switzerland, Adrian Arnold sebelum ini menyatakan: “Granit Xhaka masih belum divaksin. Dia adalah pemain yang menolak untuk divaksin.”

“Kami memberikan kebebasan kepada pemain untuk menentukan sama ada mereka mahu divaksin atau tidak. Ianya keputusan peribadi setiap pemain termasuk Xhaka dan pemnain pemain lain.”

“Kami sudah memberitahu pemain, menggalakkan mereka mengambil vaksin. Namun jika dia [Xhaka] tidak divaksin, itu adalah kerana dia sendiri. Itu adalah hak dia untuk tidak mahu divaksin.”

Sportsmail pada Khamis melaporkan bahawa Xhaka adalah satu satunya pemain yang diisolasi kali ini. Serta disahkan sebagai pemain EPL pertama yang menolak untuk divaksin.

Ramai lagi pemain yang menolak untuk divaksin cuma, mereka tidak terang terangan menolaknya. Premier League sebelum ini juga menggalakkan pemain mengambil vaksin.

Baca juga artikel

Jurulatih Maghribi Kecewa Ziyech Menipu: “Ini Pasukan Kebangsaan Bukan Penjara”

Gagal Dapat Kane & Ronaldo, Kini Ferran Torres Jadi False 9 Tetap City, Sudah Belajar Dari Aguero

RASMI: Premier League Benarkan United Daftarkan Ronaldo No.7, Cavani Tukar Ke No.21