Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jose Mourinho menepis dakwaan bahawa kemasukan Gareth Bale dari bangku simpanan adalah punca kegagalan Spurs mempertahankan kemenangan daripada kedudukan 3-0.

Mourinho menganggap Bale bukanlah penyebab kegagalan Tottenham Hotspur ketika terkena kebangkitan West Ham. Sebaliknya Mourinho menyatakan isu mental pemain yang rapuh adalah puncanya.

Tottenham pada awalnya dilihat tiada masalah menewaskan West Ham dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham. Ini keranatuan rumah menang pertama 3-0 dalam 16 minit pertama.

Namun, apa yang berlaku tidak dijangka. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3 kerana West Ham dapat menjaringkan tiga gol berturut-turut bermula daripada Fabian Balbuena (82), gol sendiri oleh Davinson Sanchez (85) dan gol penyamaan cantik oleh Manuel Lanzini (90 + 4).

Ada yang berpendapat ini boleh terjadi selepas Mourinho memasukkan Bale pada minit ke-72 untuk menggantikan Steven Bergwijn.

Kehadiran Bale dianggap memberi kesan negatif terhadap rentak Spurs. Malah Bale gagal menyempurnakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol, selain daripada tidak ada mencipta peluang gol kepada rakannya.

Namun, Mourinho menyangkal perkara itu. Beliau berkata: “Saya tidak berfikir begitu. Sejujurnya saya tidak berfikir begitu. Tidak menurunkannya dari awal, pada pendapat saya adalah keputusan yang tepat.”

“Keputusan perlawanan yang merugikan kami. Namun ini adalah mesej kepada Bale dan pasukan ini bahawa setiap pemain harus berjuang keras untuk masuk ke dalam pasukan utama.”

Mourinho menuding kegagalan mereka untuk membunuh perlawanan adalah salah satu punca kenapa mereka gagal menang pada hari itu.

“Tetapi, malang sekali dia gagal menjaringkan gol keempat kami yang mungkin akan mengakhiri perlawanan ini,” tegas Mourinho.

“Kami mendapat pemain baru. Kami bermain lebih baik daripada musim lalu. Saya boleh mengatakan perkara yang sama mengenai West Ham. Mereka menjadi pasukan yang lebih baik setelah (David) Moyes datang,” kata Mourinho lagi.

Baca juga perkembangan lain

Koeman Tak Kuasa Melayan Karenah Griezmann Yang Sempat Menyindirnya

Maguire Cedera, Solskjaer Dedahkan Cavani Tak Sedia Lagi

Van Dijk Disahkan ACL, Perlu Jalani Pembedahan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group