José Mourinho telah memperlekehkan Zdenek Zeman selepas kejayaan Roma menyingkirkan Vitesse daripada Piala Persidangan Eropah.

Menjelang aksi derbi menentang Lazio, Mourinho membidas Zeman sebagai pengurus yang tidak layak untuk mengkritiknya.

Mourinho berharap AS Roma akan membalas dendam ke atas Lazio. Di mana dalam pertemuan pertama musim ini, Roma tewas 3-2.

Mourinho menganggap atmosfera dalam derbi ini akan dihidupkan oleh penyokong kedua dua pasukan.

“Ia akan menjadi persekitaran yang lebih indah berbanding sebelum ini. Beberapa perlawanan telah dimainkan secara tertutup dan ia pastinya tidak bagus untuk penyokong, yang seharusnya berada di dalam stadium sendiri.”

“Sementara kini mereka boleh kembali kepada keadaan normal. Di mana anda keliru sama mana satu pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat, kerana stadium itu milik kedua-duanya. Lebih indah, kerana bola sepak tanpa penyokong bukan bola sepak dan derbi tanpa penyokong bukan derbi”.

“Saya sudah merasakan kasih sayang daripada penyokong di sini walaupun sebelum tiba. Biasanya apabila seseorang tiba di kelab, kasih sayang adalah sesuatu yang sangat sukar anda perolehi. Anda perlu bekerja keras dalam segala-galanya untuk layak mendapatkan kasih sayang itu.”

“Dengan Roma pula, saya menerima kasih sayang walaupun sebelum tiba, untuk pertama kali bekerja di Trigoria, walaupun sebelum latihan kasih sayang itu sudah ada. Mereka adalah orang yang mempunyai hati yang istimewa untuk memberi kasih sayang tanpa meminta apa apa pertukaran”

Pada bahagian akhir sidang akhbar itu, Mourinho turut berpeluang bercakap mengenai komen yang dibuat oleh Zeman minggu ini kepadanya. Menurut Zeman, Maurizio Sarri melakukan tugasannya dengan lebih baik dan menganggap Mourinho setakat ini sangat sangat mencewakan.

“Kami tidak menjangkakan jurulatih dengan 25 gelaran akan membalas seorang lagi jurulatih dengan dua gelaran Serie B… jika anda ingin bertanya soalan kepada saya, tanyalah tantang Encik Trapattoni, Capello, itu saya boleh jawab, tetapi untuk Zeman, tolonglah..”

Aksi AS Roma dan Lazio pastinya akan menjadi tumpuan. Ianya dianggap salah satu derbi terpanas di Eropah sejak berdekad dekad lamanya. Derbi yang memecahkan masyarakat di Rom untuk 90 minit aksi.