Perlawanan antara Chelsea dan Tottenham Hotspur pada minggu ini adalah perlawanan tumpuan. Bukan sahaja kerana perseteruan di antara dua kelab London, tetapi pertarungan di antara Lampard dan Mourinho.

Dalam beberapa perlawanan sebelum ini Lampard dan Mourinho seringkali bertegang urat. Walaupun Lampard merupakan pahlawan penting Mourinho ketika di Chelsea.

Jose-Mourinho-and-Frank-Lampard-exchanged-words-in-the-first-half-1341561

Tetapi kini kedua dua mereka berseteru. Lampard sebelum ini pernah menyindir Mourinho yang dianggapnya seperti seorang pembelot kerana mengambil alih jawatan di Spurs.

Sedangkan dahulu Mourinho pernah menyatakan dia tak akan menjadi pengurus Spurs.

Mourinho membalas bahawa, masa sudah berubah dan beliau kini fokus kepada pekerjaannya.

Terbaru, Mourinho menganggap Frank Lampard gentar dan tahu bahawa Spurs pada kali ini sukar untuk dikalahkan pasukan Chelsea yang berbelanja sangat besar musim ini.

“Anda harus bertanya kepada Frank sama ada mereka takut kepada kami atau tidak. Namun saya tidak fikir ketakutan adalah kata kata paling sesuai pada tahap ini,” kata Mourinho.

“Kami tidak takut kepada siapa pun, kami menghormati potensi mereka dan saya rasa mereka juga menghormati potensi kami,” tambahnya.

“Secara jujur, saya yakin mereka tidak menyangka mereka akan menghadapi lawan mudah, tentu saja saya mahu mereka berfikir sebaliknya, tetapi saya tidak begitu,” kata Mourinho.

Seterusnya Jose Mourinho dengan sengaja meletakkan perang saraf sekali lagi dengan menuduh Chelsea ada pasukan yang sangat bagus, misalnya memiliki penjaga gol termahal di dunia di gawang mereka.

“Dengan skuad luar biasa … dengan menurunkan (Reece) James atau (Cesar) Azpilicueta, untuk bermain dengan nama seperti (Ben) Chilwell, (Marcos) Alonso atau Emerson …”

“Untuk bermain dengan menurunkan (Edouard) Mendy atau bermain dengan penjaga gol termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Chelsea sebenarnya mempunyai skuad yang luar biasa.”

“Jadi, saya tidak rungsing memikirkan siapa yang akan bermain untuk mereka kerana mereka hanya mempunyai pemain yang sangat bagus.”

Baca juga perkembangan lain

La Liga: Alaves Malukan Real Madrid, Hazard Cedera Lagi

EPL: Dua Penalti Dan 2 Gol Ditarik VAR, Liverpool Kempunan 3 Mata

Juventus Mahukan Van De Beek Kerana United Berterusan Meletakkannya Di Bangku Simpanan