Siapa sangka negara kecil yang berada di ranking 187 dunia melakukan kejutan terbesar dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 semalam apabila menewaskan Myanmar, 1-0 semalam.

Ini adalah kemenangan pertama dalam sejarah bola sepak negara itu kerana mereka sering menjadi pasukan belasahan dalam mana-mana perlawanan besar. Tiga mata yang penting berjaya diraih di halaman sendiri menyaksikan mereka kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan F di belakang Tajikistan.

70387615_2756252967741809_2620689765850152960_n

FOTO: FA Mongolia

Dalam perlawanan itu, Mongolia memulakan separuh masa pertama dengan aksi yang cukup garang dan sering memberi masalah kepada benteng pertahanan Myanmar. Usaha mereka melancarkan serangan bertubi-tubi akhirnya membuahkan hasil apabila Amaraagiin Dolgoon menyudahkan hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Narmandakh Artag.

Myanmar cuba bangkit mencari jaringan penyamaan tetapi terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Maung Muang Lwin dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke 65 kerana didakwa mengasari pemain Mongolia.

69919331_2756045367762569_29686075215577088_n

FOTO: FA Mongolia

Bermain di atas rumput tiruan jelas memberi kesukaran kepada Myanmar untuk menampilkan corak permainan sebenarnya. Kekalahan tersebut turut memberi tamparan hebat kepada jurulatih baharu mereka, Miodrag Radulovic yang berdepan pelbagai kecaman apabila gagal mulakan aksi pertama dengan langkah kanan.

Selepas ini, skuad Mongolia akan berdepan Tajikistan pada 10 September manakala Myanmar berdepan tugas berat apabila dijadualkan bertemu pasukan gergasi Asia, Jepun. Skuad ‘blue samurai’ itu menewaskan Paraguay, 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa semalam.

Tahukah anda penyokong Malaysia telah diserang oleh penyokong Indonesia di Jakarta semalam. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan

Dua Penyokong Malaysia Cedera Setelah Diserang Penyokong Indonesia

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group