Ramai yang memperkatakan mengenai kisah Cristiano Ronaldo yang berjaya memecahkan rekod 100 gol bagi perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal.

Namun disebalik kisah itu, ramai juga diantara kita yang mungkin tidak perasan bahawa lagenda bola sepak negara kita sendiri iaitu arwah Mokhtar Dahari sebenarnya memiliki rekod yang setanding.

Super Mokh, menurut beberapa sumber statistik dilaporkan telah menjaringkan 85 gol untuk skuad kebangsaan Malaysia sepanjang kariernya dan angka tersebut telah berjaya meletakkan beliau sebagai pemain di tempat ke-3 secara keseluruhan dalam All Time International Goal Scorer.

Rekod Mokhtar Dahari itu ketika ini hanya mempunyai 16 perbezaan gol dengan apa yang dicapai oleh Cristiano Ronaldo dan 24 gol dengan pendahulu iaitu Ali Daei dari Iran.

Dan lebih menarik, jumlah jaringan gol oleh Lionel Messi pada peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan Argentina kini hanya berjumlah 70 gol sahaja!

Melalui satu kemaskini yang dibuat oleh akaun Twitter HarimauMYStats telah memberikan penjelasan mengenai jaringan yang dibuat oleh Mokhtar Dahari yang dirujuk kepada Mr Roberto Mamrud dari RSSSF.

Dari akaun HarimauMYStats juga telah merekodkan senarai 10 penjaring gol yang terbanyak untuk skuad Harimau Malaya. Dalam ranking itu, ada 2 pemain yang kini masih aktif secara profesional iaitu Safee Salee dan Indra Putra Mahyudin.

Sehingga kini rekod yang dibuat oleh Mokhtar Dahari nampaknya masih gagal didekati oleh mana-mana pemain tempatan dan kita harapkan semoga akan ada anak tempatan kita yang berjaya untuk memecahkan rekod ini suatu hari nanti.

Terima kasih atas memori bola sepak indah yang ditinggalkan SuperMokh!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk

Perlawanan Ke-6 CIMB Liga Super Malaysia Catat Hampir 2 Juta ‘Views’ Di Platform Youtube Sahaja

Mohammed Ghaddar Kembali Ke Lebanon, Pulang Ke Pangkuan Nejmeh SC Selepas 11 Tahun Berkelana

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group