Pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh membuat penampilan pertama bersama Police Tero FC dalam satu perlawanan persahabatan.

Police mengatur perlawanan persahabatan menentang kelab Thai League 2, Uthai Thani FC dimana skuad bimbingan Rangsan Viwatchaichok berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-3.

Gol Police Tero diperoleh menerusi dua jaringan penyerang, Arthit Boodjinda dan masing-masing satu gol dijaringkan oleh Nattaphol Sukchai dan Mohamadou Sumareh.

Kejayaan Sumareh menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan semalam dilihat sebagai satu petanda beliau sudah menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Rangsan.

Pada perlawanan Thai League 1 yang akan datang, Police Tero akan turun menentang Muangthong United di laman sendiri dan Sumareh mungkin diturunkan pada perlawanan yang akan berlangsung Ahad ini.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:

Mohamadou Sumareh Kagum Dengan Sesi Latihan Police Tero

Jurulatih Police Tero Mahu Bawa Mohamadou Sumareh Ke Perlawanan Menentang PT Prachuap

Jurulatih Police Tero Sudah Tidak Sabar Untuk Turunkan Mohamadou Sumareh