Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh sah menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Perkara ini diumumkan oleh JDT menerusi satu video di laman media sosial rasmi pasukan dimana Sumareh bakal menyarung jersi bernombor 13.

Sebelum ini, beberapa pasukan Liga Malaysia dikaitkan dengan Sumareh setelah beliau kembali dari beraksi di Thai League 1 bersama Police Tero FC pada separuh masa pertama musim 2020/2021.

Ketibaan Mohamadou Sumareh di JDT bermakna skuad Harimau Selatan itu kini mempunyai dua pemain sayap utama pasukan negara di samping Safawi Rasid.

Dari segi persaingan, bekas pemain Pahang itu bakal berdepan cabaran dari Safawi, bintang muda yang sedang meningkat baik iaitu Ramadhan Saifullah dan Akhyar Rashid.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ramadhan Saifullah Dipanggil Sertai Pasukan Kebangsaan

Melaka United Mahu Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Secepat Mungkin

RASMI: Scott Ollerenshaw Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal, Bakal ‘Korek’ Bakat Baharu Untuk Sabah FC