Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Isnin depan (8 Oktober 2018) bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober dan bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober 2018.

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1 HAFIZUL HAKIM 25 PENJAGA GOL PERAK
2 SHAHRUL SAAD 25 PERTAHANAN PERAK
3 AMIRUL AZHAN AZNAN 25 PERTAHANAN PERAK
4 KENNY PALLRAJ 25 TENGAH PERAK
5 NOR HAKIM HASSAN 27 SAYAP PERAK
6 HAZIQ NADZLI 20 PENJAGA GOL JOHOR DARUL TA’ZIM
7 ADAM NOR AZLIN 22 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
8 SYAMER KUTTY ABBA 21 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
9 FAZLY MAZLAN 25 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM II
10 AKRAM MAHINAN 25 TENGAH KEDAH
11 SYAZWAN ZAINON 29 SAYAP KEDAH
12 AKHYAR RASHID 19 SAYAP KEDAH
13 ZAQUAN ADHA ABD RADZAK 31 PENYERANG KUALA LUMPUR
14 SYAZWAN ANDIK ISHAK 22 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
15 IRFAN ZAKARIA 23 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
16 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 32 PENYERANG PAHANG
17 MOHAMADOU SUMAREH 27 SAYAP PAHANG
18 MATTHEW DAVIES 23 PERTAHANAN PAHANG
19 RAWILSON BATUIL 24 PERTAHANAN SABAH
20 AZZIZAN NORDIN 24 TENGAH SABAH
21 SHAHREL FIKRI MD FAUZI 24 PENYERANG NAKHON RATCHASIMA
22 KHAIRUL FAHMI CHE MAT 29 PENJAGA GOL MELAKA UNITED
23 MAHALLI JASULI 29 TENGAH PKNS FC
24 SYAHMI SAFARI 20 SAYAP SELANGOR

Daripada senarai di atas, seramai 16 pemain dari skuad 22 pemain yang dibawa ke Taipei City dan Phnom Penh bagi dua aksi persahabatan bertemu Chinese Taipei pada 7 September 2018 (kalah 2-0) dan Kemboja pada 10 September 2018 (menang 3-1) telah dikekalkan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Enam pemain tidak tersenarai kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias (JDT), Nazmi Faiz Mansor (JDT), Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Syawal Nordin (Kedah) dan R Kogileswaran (Pahang).

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah memanggil enam pemain baharu terdiri daripada Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies (Pahang), penjaga gol Haziq Nadzli dan Syamer Kutty Abba (JDT) serta Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan (Perak).

Bagi melengkapkan senarai 24 pemain, dua pemain yang tersenarai pada panggilan September lalu tetapi tidak menyertai pasukan ke Taipei City dan Phnom Penh – Adam Nor Azlin (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Pahang) sekali lagi disenaraikan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Melaka pada 8 dan 9 Oktober sebelum berlepas ke Colombo pada 10 Oktober 2018.

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka dan Republik Kyrgyz ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Seterusnya satu lagi aksi persahabatan bakal menyusul menjelang sepak mula pada 8 November iaitu bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.