Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejohanan AFF Suzuki Cup 2021 akan bermula kurang dari 30 hari lagi dan sudah ada yang merancang untuk melakukan perjalanan ke Singapura sekiranya dibenarkan untuk merentas negara.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan semalam, Singapura dan Malaysia akan mula membenarkan pergerakan keluar masuk mulai 29 November 2021 dengan pelancaran Vaccinated Travel Lane (VTL) diantara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Changi.

Tarikh pelancaran VTL 29 November itu adalah kira-kira 1 minggu sebelum sepak mula perlawanan pertama Malaysia dan pastinya ramai yang mahu hadir menyaksikan perlawanan itu nanti.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai VTL Untuk Awaydays Di Singapura?

Berdasarkan maklumat yang telah disediakan oleh pihak Immigration & Checkpoints Authority (ICA) Singapura, beberapa kriteria kemasukan ke negara itu melalui VTL perlu dipatuhi.

1) Kelayakan Masuk

Kriteria 1: Vaksin Penuh Mengikut Vaksin Yang Diluluskan WHO

Individu akan dikira sebagai penerima vaksin penuh jika memenuhi syarat berikut sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tiba di Singapura:

  • Penerima vaksin diluluskan WHO seperti dibawah.
  • Telah cukup tempoh minimum dos vaksin.

Jika tidak memenuhi syarat seperti dalam jadual diatas, individu itu tidak dikira sebagai sudah lengkap divaksin.

Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dalam tahun semasa, dibenarkan untuk masuk ke Singapura melalui VTL jika diiringi oleh individu dewasa lengkap divaksin.

Kriteria 2: Memiliki  Bukti Vaksinasi Yang Diterima Pakai

Individu perlu mempunyai sijil vaksinasi dalam mana-mana format seperti berikut, bergantung kepada platform lokaliti asal.

Jika anda tidak memiliki sijil vaksinasi digital yang diiktiraf seperti dibawah, anda tidak akan dibenarkan travel menggunakan VTL ini.

*MySejahtera setakat ini masih belum dikemaskini dalam senarai diatas.

Kriteria 3: Sejarah Perjalanan Dan Designated VTL Flight Requirements

Individu yang ingin masuk ke Singapura perlu;

i. Tiba di Singapura menggunakan penerbangan khas VTL; dan

ii. Hanya pernah ke/transit melalui mana-mana negara VTL dalam tempoh 14 hari terkini sebelum berlepas ke Singapura.

VTL AFF Suzuki Cup 2021

Ok, itu baru perkara berkaitan vaksinasi yang anda perlu ‘standby’ sebelum membuat permohonan Vaccinated Travel Pass (VTP).

Mengikut laman web ICA Singapura, warga Malaysia dibenarkan untuk menghantar permohonan untuk masuk ke Singapura mulai 22 November 2021.

Ada 6 perkara penting yang anda perlu ambil perhatian apabila membuat permohonan VTP Singapura seperti;

  • Travel Checklist dan syarat VTL
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak perlu memohon VTP.
  • Permohonan perlu dihantar diantara 7 hingga 60 hari sebelum tarikh masuk ke Singapura.
  • Permohonan perlu disokong dengan sijil vaksinasi digital yang diiktiraf dan ada QR kod.
  • VTP hanya sah untuk 6 hari dari tarikh masuk yang dipilih.
  • Sebarang masalah berkaitan perkara ini boleh dirujuk kepada STO Enquiry.

Ini adalah VTL Checklist yang perlu anda tahu dan buat jika mahu masuk ke Singapura. Checklist ini dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti dibawah;

1.Pre-Departure / Sebelum Berlepas

  • Memiliki Bukti Vaksinasi COVID19
  • Permohonan Vaccinated Travel Pass (VTP). Klik disini untuk memohon Vaccinated Travel Pass (VTP).
  • Permohonan Visa masuk ke Singapura untuk negara yang berkenaan. Warga Malaysia tidak perlu memohon.
  • Membeli tiket penerbangan yang dikhaskan untuk laluan VTL.

*Penerbangan dari Malaysia mungkin akan dikemaskini semula dalam masa terdekat.

  • Insurans COVID19: Individu wajib mempunyai polisi insurans COVID19 bernilai sekurang-kurangnya SGD30,000 atau RM92,500. Senarai syarikat insurans boleh dilihat disini.
  • Kemudahan tempat tinggal untuk kuarantin. (Sementara menanti keputusan ujian PCR di Changi) – Senarai tempat penginapan yang diluluskan adalah seperti dalam pautan ini.
  • Keputusan ujian PCR dalam tempoh 2 hari sebelum berlepas.
  • Hantar Health Declaration melalui SG Arrival Card (SGAC), 3 hari sebelum berlepas.
  • Daftar dan bayar ujian PCR di Changi. Harga adalah SGD125 atau RM385.

2.Berlepas Ke Singapura

Ketika anda dalam proses boarding ke pesawat, ada 4 perkara yang perlu disediakan untuk melancarkan pergerakan iaitu;

  1. Salinan fizikal atau elektronik Vaccinated Travel Pass (VTP) untuk tarikh yang telah ditetapkan.
  2. Keputusan ujian PCR yang menunjukkan negatif COVID19.
  3. Visa yang sah, bagi warga negara yang memerlukan visa sahaja.
  4. Bukti sijil vaksinasi COVID19 yang diiktiraf.

3.Ketibaan Di Singapura

Secara asasnya ada 3 langkah yang perlu dilalui untuk anda dibenarkan masuk ke Singapura.

  • Pelepasan imigresen: Beberapa dokumen akan diminta seperti salinan VTP, keputusan ujian PCR, visa dan bukti vaksinasi.
  • Menjalani ujian PCR di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi yang sudah ditempah terlebih dahulu.
  • Terus menuju ke lokasi kuarantin, menanti keputusan ujian PCR sebelum dibenarkan keluar bebas.

Secara asasnya, inilah perkara yang perlu dilalui oleh mana-mana individu untuk masuk ke Singapura apabila VTL dimulakan pada 29 November nanti.

Kos selain dari tiket penerbangan, penginapan dan tiket perlawanan adalah seperti berikut (anggaran sahaja);

  • Ujian PCR 48 jam sebelum berlepas: RM150
  • Insurans COVID19: SGD25 atau RM77
  • Ujian PCR di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi: RM385
  • Penginapan 1 malam di hotel yang dibenarkan untuk VTL. Sekitar RM200

Jumlah 4 perkara ini sahaja adalah sekitar RM800 untuk seorang individu dewasa, tidak termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan dan tiket perlawanan.

Berikut adalah jadual perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2021 nanti.

Untuk maklumat lebih lengkap mengenai dokumen dan prosedur kemasukan ke Singapura melalui VTL, sila rujuk laman web ICA Singapura ini.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tonton Video Padang Stadium Santiago Bernabeu ‘Disimpan’ Seperti Parking Bertingkat Bawah Tanah.

“Ada Pemain Ditawarkan Gaji RM33,000 Tetapi RM18,000 Dipotong Masuk Poket Pihak Pengurusan.”

Malaysia U23 Akan Berada Dalam Pot Undian Ke-4, Vietnam U23 Pot Ke-3 Dan Thailand U23 Pot Undian Ke-2

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group