Majlis pengenalan pemain, pelancaran jersi serta sesi menandatangani kontrak bersama penaja-penaja Kelab Bola Sepak MNY (MNY FC) telah diadakan dengan gilang-gemilang di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh, malam tadi.

Dimulakan dengan majlis berbuka puasa, ‘Majlis Malam Mesra Bersama MNY FC’ itu turut diserikan dengan penampilan kumpulan indie terkenal tanah air, Bittersweet yang mendendangkan lagu tema buat pasukan MNY FC.

Bermula dengan sesi pemilihan terbuka pada 20 dan 21 Februari lalu serta dua minggu sesi penilaian terakhir, MNY FC kini sudah bersedia dengan menyenaraikan 28 orang pemain bagi menghadapi kempen Liga M3 2021.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, khidmat Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Afiq Azmi, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri dan Khairul Amri Salehuddin ditagih kelab yang bakal dibimbing S. Sathia Kumaran itu.

Selain itu, skuad kendalian S. Sathia Kumaran ini juga bakal diperkuatkan dengan beberapa pemain yang pernah menyarung jersi skuad Liga Super seperti Muhamad Norfiqrie bin Abdul Talib dan Aminuddin Abu Bakar dari Kedah serta bekas pemain Perak, Hamizul Izaidi Zulkifli.

Untuk makluman, Norfiqrie dan Aminuddin pernah merasai pengalaman berlatih di luar negara selama sebulan apabila Norfiqrie telah mendapat peluang menjalani latihan selama sebulan di Perth Glory manakala Aminuddin pula ke Cardiff City.

Di samping itu, bakat pemain muda juga tidak dilupakan apabila terdapat pemain-pemain berbakat besar termasuk dua pemain Orang Asli turut menjadi sandaran buat MNY FC dalam menanti cabaran akan diberikan sembilan pasukan lain dalam saingan kumpulan A yang dijadualkan berlangsung awal Jun nanti.

MNY FC
CEO kelab, R. Surendren [tengah] merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan.
Bersempena majlis tersebut juga, Samudra Group of Companies telah diumumkan sebagai penaja utama pasukan manakala Tower Regency Hotel & Apartments selaku penaja bersama serta jenama dari Itali, Kronos selaku penaja kelengkapan rasmi MNY FC.

Sesi menandatangani kontrak telah diadakan di antara MNY FC menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, R. Surendren dengan Samudra Group of Companies yang diwakili oleh Encik Md Paisal Hamsan manakala Encik Simon Leong Hoe Kin pula mewakili Tower Regency Hotel & Apartments.

Sementara itu, Kronos diwakili oleh Encik Vincent Lai Wai Onn bagi sesi menandatangani kontrak. Sehubungan dengan ikatan yang terjalin, Kronos telah bersetuju untuk menaja pasukan utama serta pasukan pembangunan MNY FC bagi tempoh dua tahun.

Majlis itu juga turut menampilkan dua personaliti terkenal dalam media sukan tanah air, Hafizal Hamad dan Hasnida Hanim Ahmad Kamil selaku pengacara majlis.

Berikut adalah senarai penuh barisan pemain skuad Liga M3 MNY FC:

MNY FC
Sesi latihan pra-musim di Pulau Pangkor.

Penjaga Gol

Khairul Amri Bin Salehuddin
Mohd Izzuan Ikmal Bin Mohd Mukri
Muhammad Syafeeq Bin Syamsul

Pertahanan

Suryaprakash A/L Gunahlan
Sanjef Dinesh A/L R.S Baskeran
Muhammad Hafiz Bin Azmi
Thevendran A/L Karunadurai
Norfiqrie Abdul Talib
Ranesh A/L Jayasankar
Thanasegar A/L Joseph
Azwan Ismail Ibrahim

Pemain Tengah

Mohamed Faziz Bin Mohamed Noor (Ketua pasukan)
Mohd Hafiz Bin Kamal
Mohamad Fazrul Hazli Bin Mohd Kadri
Wan Muhammad Iman Iltizam Bin Wan Zulkifli
Muhammad Fariduddin Bin Zainal
Mohamad Adzem Bin Mansor
Muhammad Faiezzul Fahmy Bin Mat Fazil
Muhammad Haikell Bin Ali

Pemain Sayap

Aminuddin Bin Abu Bakar
Muhammad Hakimi Bin Hussin
Arvinth Rao A/L Jeeva Rao
Asmund Yew Ping Chi
Roshan Raj A/L Silvamaney

Penyerang

Surendren A/L Rasiah
Hamizul Izaidi Bin Zulkefli
Muhammad Afiq Bin Azmi
Refon A/L Roslan

Baca artikel lain mengenai kelab dari Ipoh ini dan Liga M3:

Liga M3: Tenaga Berpengalaman Mantapkan MNY FC

Liga M3: Bakat Muda Orang Asli Curi Tumpuan Dalam Sesi Pemilihan Pemain MNY FC

Pemain Dan Jurulatih Asing Tidak Dibenarkan Dalam Saingan Liga M3 2021