Major League Soccer ataupun MLS sudah sedia untuk menguji sistem pertukaran pemain dengan mandatori dilakukan dalam masa 10 saat sahaja.

Ini untuk mengelakkan perbuatan melengah lengahkan perlawanan ketika pertukaran dibuat.

Kerapkali berlaku di mana pasukan yang mendahului akan cuba melengah lengahkan masa permainan ketika pertukaran pemain.

Lebih lebih lagi pertukaran pemain kini dibenarkan mencecah 5 pemain dengan syarat dilakukan dalam 3 kali sesi pertukaran sahaja.

Namun tetap sahaja ianya akan memakan masa yang panjang.

Sebelum ini FIFA sudah memberikan amaran kepada semua pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2022, bahawa mereka tidak perlu hairan jika masa tambahan mencecah 10 minit.

Kerana masa tambahan 10 minit boleh dikatakan menjadi normal pada Piala Dunia 2022 untuk memaksimumkan waktu bermain.

Sedangkan sebelum ini, masa tambahan 4 minit sudah dianggap cukup lama.

Dalam piala dunia lalu, ada beberapa perlawanan yang melibatkan masa tambahan lebih 11 minit.

MLS ada cara tersendiri untuk mengekang usaha memanipulasi prosedur pertukaran pemain untuk digunakan melengahkan perlawanan.

Ini dengan mengenakan syarat mandatori pertukaran harus dibuat dalam masa 10 saat. Jika pemain gagal bertukar dalam masa 10 saat, maka sesebuah pasukan itu akan diarahkan beraksi selama 10 pemain  selama seminit.

Bermakna, pemain yang ingin dimasukkan tidak dibenarkan masuk terlebih dahulu.

Sudah pasti ada pengecualian untuk pertukaran yang melibatkan pemain yang mengalami kecederaan.

Peraturan ini akan diuji terlebih dahulu dalam liga simpanan ataupun liga pembangunan MLS yang disebu MLS Next Pro.

Jika berhasil, ianya akan dinilai untuk diimplementasikan dalam liga utama. Dan tidak mustahil FIFA akan mempertimbangkannya di dalam peraturan rasmi mereka.

Ini bukanlah perkara baharu, peraturan yang diuji di AS akan diwartakan menjadi peraturan oleh FIFA.

Selain daripada peraturan pertukaran pemain 10 saat mandatori, MLS turut sedia menguji peraturan pemain yang terbaring di atas padang yang baru.

Di mana pemain yang terbaring di atas padang selama 15 saat, pemain itu wajib untuk dirawat di luar padang. Apabila pemain tersebut sudah berada di luar padang dan dirawat oleh doktor, dia perlu berada di luar selama 3 minit untuk rawatan tersebut.