Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dikatakan telah menolak permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meneruskan saingan liga bola sepak mulai bulan Jun 2020.

Keputusan tersebut telah dibuat semasa mesyuarat bersama pihak-pihak berkenaan pada hari Khamis, dan perkara itu telah disampaikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Seri Reezal Merican kepada deligasi FAM/MFL yang hadir – Datuk Haji Hamidin (Presiden FAM), Datuk Ghani Hassan (CEO MFL) dan Stuart Ramalingam (Setiausaha Agung FAM).

Berdasarkan maklumat ini, diramalkan paling awal baki saingan liga Malaysia hanya akan bermula sekitar bulan Ogos atau September 2020, dan tiada sebarang aktiviti bola sepak dapat diteruskan sebelum itu.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, terdapat 4 pilihan yang telah dibincangkan bersama sekurang-kurangnya 12 buah pasukan dalam saingan liga Malaysia dimana;

Pilihan 1

Paling awal saingan akan bermula pada 3 atau 4 Julai, dengan sesi latihan bermula pada 14 atau 15 Jun 2020.

Sekiranya pilihan ini digunakan, jangkaan saingan Liga Malaysia akan tamat pada 19 September 2020. Kejohanan Piala FA pula akan bermula pada 7 atau 8 Julai 2020 dan perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 26 September 2020.

Manakala bagi saingan Piala Malaysia pula akan dimulakan sekitar bulan Oktober atau bulan November.

Pilihan B

Saingan liga akan disambung semula pada 3 atau 4 Julai 2020, manakala untuk kejohanan Piala FA akan bermula pada 10 atau 11 Julai 2020.

Jika pilihan B digunakan, tiada kejohanan Piala Malaysia untuk musim 2020 diadakan.

Pilihan C

Sekitar bulan Ogos menjadi pilihan seterusnya untuk saingan liga disambung semula jika tempoh PKP dilanjutkan lebih lama.

Dengan tempoh masa yang berbaki cukup singkat, kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia tidak akan diadakan.

Pilihan D

Saingan Liga Malaysia, kejohanan Piala FA serta Piala Malaysia akan dibatalkan sekiranya tempoh PKP dilanjutkan sehingga September 2020.

Nota:

* Semua perlawanan akan dimainkan tanpa kehadiran penonton, dan dijangka SOP akan dikeluarkan oleh pihak MFL.
* Jendela perpindahan akan ditentukan semula samada ada atau tidak.

Mungkin Ini 4 Pilihan Perjalanan Liga Malaysia Musim 2020, Piala FA Dapat Lebih Prioriti Berbanding Piala Malaysia.

Ketika ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak FAM atau MFL mengenai perkara ini dan dijangka akan dibuat secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak.

Berkemungkinan besar hanya saingan liga sahaja akan diteruskan sehingga tamat musim atau pun Piala FA turut diteruskan jika mengizinkan.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi

FIFA Luluskan 3 Jendela Perpindahan Thai League, Pemain Hanya Boleh Beraksi Dengan 2 Pasukan Semusim.

Buriram United Mula ‘Buang’ Pemain, Bakal Tamatkan Kontrak Semua Pemain Import Musim 2020.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group