Baru-baru ini, Jawatankuasa Kecemasan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah mencadangkan untuk menunda kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 ke tahun 2021 susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Mesyuarat yang diadakan secara online itu telah dipengerusikan oleh presiden AFF, Khiev Sameth, ahli-ahli jawatankuasa lain termasuk Timbalan Presiden VFF bagi membincangkan secara lebih dalam mengenai kejohanan edisi 2020 itu.

Bagaimanapun, penundaan kejohanan itu memberi sedikit kelegaan kepada pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kerana ia membolehkan anak buahnya memberi fokus kepada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 yang bermula pada Oktober ini.

“Ia satu petanda baik, mungkin tahap Asia belum stabil lagi disebabkan COVID-19.

“Kempen kelayakan Piala Dunia merupakan keutamaan pasukan kebangsaan dan kami harap penundaan tersebut memberi tanda-tanda positif kepada skuad ini,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro. 

Malaysia kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand.

Justeru itu, Cheng Hoe menyifatkan misi Kelayakan Piala Dunia kali ini lebih penting daripada kejohanan AFF Suzuki Cup kerana ia memberi peluang kepada negara untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Kami kena lihat kelayakan Piala Dunia sebagai misi paling penting. Kita juga tahu Piala AFF merupakan satu prestij di rantau Asia Tenggara.

“Bukan senang, saya perlu mencatur perancangan terbaik. Saya perlu mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Kami tidak mahu membebani pemain-pemain pada musim depan kerana mereka juga akan terlibat dalam liga, Piala AFC atau Kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL),” katanya ketika ditemubual oleh wakil Nadi Arena.

Tan
Tan Cheng Hoe

Harimau Malaya akan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober sebelum melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Oktober.

Mereka juga bakal diuji dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking 147 dunia iaitu Kuwait pada bulan November sebelum menentang Thailand di Bangkok pada 17 November 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Tan Cheng Hoe Harap Liga Malaysia Bersambung Lebih Awal Untuk Persiapan Skuad Harimau Malaya

Harimau Malaya Tidak Perlukan Marcel Kalonda

Vietnam Bertemu Iraq Di Hanoi Sebagai Ujian Terakhir Sebelum ‘Hadap’ Harimau Malaya