Usaha AC Milan untuk menjuarai Serie A musim ini diganggu oleh Bologna. Ini selepas Mila diikat seri 0-0 di tempat sendiri oleh pasukan tersebut di tempat sendiri.

Keputusan ini membuatkan AC Milan cuma ada kelebihan satu mata di puncak Serie A berbanding Napoli di tangga kedua.

Milan turun dalam perlawanan ini dengan jersi dan jaket khas.

Pasukan di tempat ketiga, Inter Milan masih ada satu perlawanan dalam tangan berbanding AC Milan. Dan mereka boleh merapatkan lagi jurang mata kepada 1 mata jika menang perlawanan tersebut.

Kemenangan oleh juara bertahan Inter Milan dan Napoli di tempat kedua pada hujung minggu memberi tekanan kepada Milan untuk bertindak balas segera dalam usaha mereka mahu merampas Scudetto daripada musuh tradisi mereka itu.

Tetapi tuan rumah bergelut, dengan tandukan penyerang Perancis Olivier Giroud, diselamatkan dengan baik oleh Lukasz Skorupski, percubaan terbaik mereka pada separuh masa pertama.

Zlatan Ibrahimovic masuk dari bangku simpanan selepas rehat, tetapi Bologna menyerap tekanan lewat untuk melakar 1 mata berharga buat mereka.

Bologna, di tempat ke-12, tanpa jurulatih Sinisa Mihajlovic di garisan tepi ketika dia menjalani rawatan di hospital kerana leukemia.

Milan mempunyai tujuh perlawanan lagi untuk mengejar Scudetto pertama mereka sejak 2011.

Mereka tidak boleh keciciran mata lagi dalam kesemua baki perlawanan tersebut.

AC Milan melakukan 33 percubaan ke arah gol lawan. Buat pertama kalinya mereka tidak menjaringkan gol sejak 2004/05 dengan percubaan sebanyak itu dalam satu perlawanan.

Musim ini AC Milan akhirnya benar benar mencabar kejuaraan. Berbanding dengan musim sebelum ini di mana mereka kerap bermasalah pada separuh kedua musim.