Kelab Bola Sepak Penang (PFC) hari ini mengumumkan Tomas Trucha dari Republik Czech sebagai Ketua Jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Super pada musim 2021.

Tomas menjadi pilihan PFC bagi memenuhi syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan setiap jurulatih pasukan Liga Super mempunyai lesen kejurulatihan tertinggi iaitu Diploma Pro AFC atau UEFA.

Beliau akan dibantu oleh Manzoor Azwira Abd Wahid yang akan terus bersama pasukan sebagai Penolong Ketua Jurulatih.

“Pihak kelab percaya kombinasi dan pengalaman kedua-duanya akan memberikan sesuatu yang positif kepada pasukan serta saingan pada musim hadapan,” kata kenyataan rasmi daripada PFC.

Memulakan karier sebagai jurulatih seawal usia 25 tahun, Trucha mempunyai pengalaman luas ketika menggalas tugas di Eropah sebelum menimba pengalaman baharu dengan
beberapa pasukan di Afrika.

Lebih menarik, beliau pernah menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Republik Czech bawah 16 tahun (B-16) pada tahun 2006 dan banyak terlibat dalam program akar umbi di negara tersebut.

index
Tomas Trucha

Walaupun pada awalnya dikhabarkan akan bersama sebuah kelab di Kenya, namun Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan Trucha sebagai cabaran baharu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Safee Sali Adakan Rundingan Bersama Dua Pasukan

Benjamin Mora Terima Anugerah Kehormat Mexico

Yusri Che Lah Terima Tawaran Bimbing Skuad Pelapis Ala Harimau Muda