Ejen bola sepak terkemuka, Mino Raiola dilaporkan meninggal dunia. Beberapa hari lalu Mino Raiola membidas media yang melaporkan beliau sudah meninggal dunia.

Namun sebentar tadi The Athletic melaporkan bahawa ejen bola sepak yang digelar super agent itu telah meninggal dunia.

Pengurus media sosial Mino Raiola turut mengesahkan berita kematian ejen tersebut.

Mino Raiola merupakan ejen yang mewakili ramai bintang ternama. Ini termasuk Paul Pogba,Zlatan Ibrahimovic, Mathijs De Ligt,Henrik Mkhitaryan serta Erlina Braut Haaland.

Raiola mulai menjadi perhatian media apabila dia dikecam oleh Sir Alex Ferguson pada satu ketika dahulu kerana mempengaruhi Paul Pogba untuk tidak melanjutkan kontrak dengan Manchester United.

Raiola kemudiannya pernah mencatatkan rekod bayaran ejen tertinggi untuk seorang pemain ketika membantu Paul Pogba kembali semula ke Old Trafford.

Di mana ketika itu dia menerima £20 juta untuk perpindahan tersebut.

Walaupun seringkali tidak digemari ramai pengurus namun Mino Raiola tetap diakui sebagai salah seorang ejen bola sepak terbaik di dalam sejarah.

Dia merupakan ejen bola sepak paling berpengaruh pada eranya.

Raiola meninggal dunia pada usianya 54 tahun. sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan. Raiola tidak pernah mendedahkan penyakitnya.