Penyerang muda negara, Luqman Hakim beraksi dalam perlawanan pertama selepas pulih daripada kecederaan hamstring yang dialami pada Oktober lalu pada aksi pemanas badan menentang Royal Excel Mouscron semalam.

Luqman bukan saja beraksi malah beliau diberikan tugas untuk mengetuai jentera serangan dimana beliau diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengurus, Yves Vanderhaeghe.

Pemain berusia 19 tahun itu beraksi selama 45 minit pertama perlawanan sebelum beliau digantikan pada separuh masa kedua. Meskipun tidak menyumbang sebarang jaringan ataupun bantuan gol, namun Luqman mendapat minit bermain yang berharga memandangkan beliau baru saja pulih dari kecederaan.

Jika Luqman berjaya meningkatkan prestasi beliau pada perlawanan pemanas badan akan datang, tidak mustahil Yves akan terus memberikan peluang kepada Luqman untuk terus beraksi bersama skuad utama.

Setakat ini, Luqman Hakim baru beraksi dalam satu perlawanan bersama skuad senior iaitu pada perlawanan Jupiler Pro League menentang RSC Anderlecht pada Oktober lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Luqman berjaya mendapatkan sepakan penalti untuk Kortrijk namun pasukan itu tewas dengan keputusan 3-1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama KV Kortrijk

Proses Pemulihan Luqman Hakim Berjalan Lancar

Luqman Hakim Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group