Seorang bekas pemain skuad kebangsaan ditahan oleh pihak polis setelah didapati memiliki dadah jenis Methamphetamine.

Menurut laporan Makan Bola, pemain yang dimaksudkan pernah mewakili tiga pasukan besar dalam saingan Liga Malaysia selain pernah beraksi bersama skuad B-23 tahun dan pasukan senior negara.

Pemain ini pernah memenangi kejuaraan Liga Super sebanyak enam kali bersama dua pasukan berbeza selain kejuaraan seperti Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Selepas bersara dari bola sepak profesional, beliau dikatakan terlibat dengan aktiviti disebalik tabir tetapi tidak bertahan lama dan akhirnya dilaporkan ditahan pihak berkuasa kerana memiliki Methamphetamine.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak PDRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penahanan bekas pemain skuad kebangsaan ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

MFL Terpaksa Rombak Jadual Perlawanan Liga Malaysia

Junior Eldstål Teruja Kembali Beraksi Bersama Johor Darul Ta’zim

Junior Eldstal Kembali Semula Ke JDT