Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak menghiraukan spekulasi terkini yang mengatakan kelab saingan LaLiga, Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Barcelona dikatakan tertarik dengan prestasi Arteta di Arsenal pada ketika ini sehingga meletakkan The Gunners ditangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23 selepas menghadapi 12 perlawanan.

Oleh hal demikian, Barcelona menyenaraikan nama Arteta yang merupakan produk akademi La Masia dalam senarai pengurus dimahukan pada masa hadapan sekiranya Xavi Hernandez dipecat atau tidak lagi bersama mereka.

Bagaimanapun, Arteta yang mula membimbing Arsenal pada 21 Disember 2019 nyata tidak berminat untuk melayani spekulasi tersebut.

Mikel Arteta
Soccer Football – Premier League – Arsenal v Nottingham Forest – Emirates Stadium, London, Britain – October 30, 2022 Arsenal manager Mikel Arteta Action Images via Reuters/Peter Cziborra EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club /league/player publications. Please contact your account representative for further details.

“Saya sangat gembira [bersama Arsenal]. Saya bangga berada di tempat saya berada pada ketika ini.”

“Saya rasa Barcelona kini berada dalam laluan yang sangat baik,” ujar Arteta menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Mereka mempunyai jurulatih yang luar biasa, seorang jurulatih yang menjadi legenda mutlak dalam sejarah kelab itu dan telah mengangkatnya di seluruh tempat.”

“Anda perlu sangat menghormatinya [merujuk kepada Xavi Hernandez],” tambah Mikel Arteta lagi.

Ketika pada permulaannya kewibawaan Arteta dipersoalkan, beliau kini menjadi kesayangan para penyokong Arsenal apabila dapat membentuk pasukan yang berkualiti.

Malah, beliau turut mempercayai kemampuan pemain muda sehingga mampu menjadi tonggak kepada pasukan terutamanya bakat besar seperti Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli.

Arsenal akan berhadapan FC Zurich untuk menentukan status selaku juara kumpulan saingan Liga Europa dan berselang dua hari kemudian bakal berkunjung ke Stamford Bridge untuk menghadapi Chelsea bagi aksi liga.

Sumber