Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta puas hati dengan prestasi Fabio Vieira setakat ini. Di mana pemain muda yang baru dibeli pada musim panas yang lalu itu sekali lagi memberikan impaknya di atas padang.

Di sebalik minit perlawanan dan penampilan yang agak terhad pada musim ini pemain itu meledak gol cantik ketika kemenangan menentang Brentford sebelum ini dan pada aksi terbarunya dia meledak gol berdepan Bodo/Glimt.

Arsenal membelanjakan £34 juta untuk membawa masuk pemain tersebut ke Emirates.

Arsenal menang 3-0 ke atas Bodo dalam aksi UEL. Di mana pasukan pelawat, Bodo berjaya mengimbangi penguasaan bola pasukan bimbingan Mikel Arteta.

Namun kualiti pertahanan dan ketajaman Arsenal menjadi perbezaan yang sangat besar di antara kedua-dua pasukan.

Fabio Vieira antara watak penting dalam kemenangan Arsenal ke atas pasukan dari Norway itu. Pemain itu malah sempat menembusi gawang lawannya untuk membunuh sisa sisa perjuangan Bodo.

 

Arteta dengan nada puas hati ketika mengulas prestasi Fabio Vieira:

“Ya, anda melihat kualitinya. Setiap kali dia berada di sekitar kotak penalti, dia adalah ancaman sebenar, pemain yang sangat bijak dan berani.”

“Dalam bertahan dia masih perlu melakukan lebih banyak dan lebih memahaminya kerana organisasi adalah kunci apabila anda bermain menentang pasukan yang bagus dalam penguasaan bola.’

Eddie Nketiah dan Rob Holding menjaringkan 2 lagi gol ketika Arsenal mengatasi Bodo/Glimt dan memperoleh kemenangan kesembilan dalam sepuluh perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Arteta puas hati prestasi Nketiah

Ditanya apa yang paling menggembirakannya tentang persembahan Nketiah, Arteta berkata: “Apabila dia meletakkan bola di belakang jaring! Bagi pengurus, ini adalah saat terbaik.”

“Jelas sekali kadar kerjanya, sikapnya, keinginannya sangat luar biasa. Tetapi dia mempunyai keupayaan semula jadi ini dan dia melakukannya setiap masa.”

Mengenai peranan Nketiah di Arsenal musim ini, dengan penyerang pilihan pertama Gabriel Jesus menikmati permulaan cemerlang dalam karier bersama Arsenal, Arteta menambah: “Apa yang boleh saya katakan ialah saya sangat senang hati memilikinya dalam pasukan.”