Arsenal menelan satu lagi kekalahan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila ditewaskan oleh Aston Villa.

Gol tunggal Ollie Watkins pada awal perlawanan sudah cukup untuk memastikan 3 mata milik pasukan tuan rumah.

Mikel Arteta kecewa kerana menurut beliau pasukannya telah bermain dengan lebih baik dan mendominasi perlawanan berbanding dengan Aston Villa.

Ditanya tentang mutu pengadilan, Arteta menegaskan beliau hanya mahu berdiam diri.

Arteta dilihat pergi ke arah pengadil dan menyatakan sesuatu pada tamat perlawanan. Wartawan bertanya sama ada beliau tak puas hati dengan beberapa keputusan termasuk tindakan Emi Martinez yang menarik Lacazette dalam kotak penalti.

Selain itu terdapat juga insiden di mana Enzri Konsa menjatuhkan pemain Arsenal sebagai pemain pertahanan terakhir.

“Itu biar menjadi antara saya dan pengadil. Sekali lagi saya menyatakan saya perlu berdiam [daripada memberikan komen tentang pengadil].”

“Kami menguasai sepenuhnya perlawanan. Kami mendominasi di setiap bahagian dan kami patut menang perlawanan ini.”

“Namun dalam Liga Perdana Inggeris apabila kamu membenarkan lawan menjaringkan gol dan kamu tumpul, kamu tidak akan menang perlawanan perlawanan seperti ini.”

“Kita seharusnya lebih baik [lebih tajam]. Kerana itulah kita kehilangan mata dalam perlawanan ini.”

Ditanya tentang situasi Thomas Partey, Arteta berkata: “Beliau mengalami kecederaan bahagian otot. Kita terpaksa mengeluarkan dia kerana dia tak dapat meneruskan permainan.”

Setelah 23 aksi liga, Arsenal kini sudah kalah 10 perlawanan setakat ini. Ianya menyukarkan usaha mereka untuk berada dalam kelompok Europa League sekalipun.

Baca juga perkembangan lain

Zidane Kritik Odegaard Yang Berkeras Mahu Ke Arsenal

EPL: Kesilapan Saat Akhir Membawa Padah

Kad Merah Bednarek Satu Kesilapan Dan Ditarik Balik, Kad Merah Luiz Kekal