Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) hari ini mengumumkan pelantikan Michael Feichtenbeiner sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama untuk tahun 2022, di samping menyambung semula jawatannya sebagai Pengarah Sukan Kelab.

Perkembangan itu disahkan oleh Dato’ Seri Shahril Mokhtar selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

“Kami telah melihat kebolehan yang telah ditunjukkan Michael semasa beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih sementara musim lalu. Perlaksanaan dengan mengetengahkan pemain muda yang boleh bekerjasama dengan pemain senior, dan peralihan pantas di antara menyerang dan bertahan adalah selari dengan visi kami untuk melahirkan sebuah pasukan yang mampu menjuarai saingan di masa hadapan.

“Kami yakin dengan keputusan ini dengan di bawah pimpinan beliau, kita menuju ke arah yang lebih baik dalam mencapai kejayaan,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Namun begitu, kedudukan Karsten Neitzel yang mengendalikan Gergasi Merah pada musim ini tidak diketahui dan kelab tersebut dijangka akan membuat pengumuman lanjut mengenai status jurulatih itu dalam masa terdekat.

Sepanjang dibawah kendalian Neitzel, Selangor berada di kedudukan kelima dengan 36 mata dalam carta Liga Super 2021 dan beraksi hingga peringkat suku akhir dalam saingan TM Piala Malaysia 2021.

Michael sebelum ini melatih pasukan pembangunan iaitu Selangor FC 2. Beliau memulakan karier sebagai jurulatih remaja VfB Stuttgart sebelum menyertai kelab Switzerland BSC Old Boys Basel sebagai ketua jurulatih. Beliau bertugas sebahagian besar kejurulatihannya di Jerman, kerana beliau dilahirkan di Stuttgart, Jerman Barat.

Antara pencapaian signifikan Michael termasuklah dalam Piala DFB pada 2019-2020 dengan kelab Bundesliga 2 (liga bola sepak divisyen dua Jerman), Stuttgarter Kickers, dengan mengalahkan tiga kelab Bundesliga (Borrusia Dortmund, Arminia Bielefeld dan SC Freiburg) dalam perjalanan ke separuh akhir di mana mereka akhirnya disingkirkan oleh Werder Bremen selepas masa tambahan.

Juralatih Jerman itu juga pernah menjadi ketua jurulatih di Malaysia untuk MPPJ FC (kini dibubarkan) pada 2005-2006, menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana Malaysia. Michael kembali ke Jerman, apabila beliau dilantik semula sebagai ketua jurulatih SC Pfullendorf pada 2006, walaupun mendahului kedudukan Liga Super Malaysia bersama MPPJ FC pada awal Ogos 2006.

Selain itu, Michael juga pernah melatih di Indonesia dengan Bintang Medan FC pada 2010-2011. Selepas itu, beliau bertugas untuk Persekutuan Jerman (DFB) dari 2015 hingga 2019 sebagai ketua jurulatih

B-15 hingga B-17 pasukan bola sepak kebangsaan. Dia khususnya bekerja mengikuti dan membimbing kumpulan umur pemain yang dilahirkan pada tahun 2002.

Baca artikel lain tentang perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Piala Malaysia 2021: Kuala Lumpur City Dihukum Bermain Tanpa Penonton

TMJ: “Kalau Setakat Upgrade Fasiliti Sikit, Jual Baju Dan Buat Video, Real Chukai FC Pun Boleh Buat.”

JDT Nafi Tak Bayar Pampasan Perpindahan Akhyar Rashid, Tuduhan Sanusi Tidak Berasas

Kerteh FC Jual Beras Sebagai Produk Terbaharu Kelab, Kerjasama Dengan IKS Tempatan Untuk Kukuhkan Jenama

KL City Rancang Naturalisasikan Romel Morales

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group