Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah menamatkan kontrak ketua jurulatih pasukan, B.Satianathan berkuatkuasa serta-merta, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melantik Pengarah Teknikal kelab, Michael Feichtenbeiner sebagai pengendali sementara sehingga jurulatih baharu dilantik.

Perkara ini diumumkan oleh FAS di media sosial rasmi pasukan pada hari ini seiring dengan pengumuman mengenai penamatan kontrak B.Satianathan selepas pasukan Selangor menampilkan aksi kurang memberangsangkan ketika tewas besar di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu lalu.

Selain menjawat jawatan sebagai Pegarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner juga diberikan tugas sebagai ketua jurulatih bagi skuad Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Di bawah bimbingan beliau, ada beberapa pemain muda yang muncul dan mempunyai potensi untuk menjadi pemain terbaik Selangor antaranya penyerang, Danial Asri yang telah menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga Perdana setakat ini.

Michael akan membimbing Selangor bagi menghadapi baki tiga perlawanan Liga Super dan berkemungkinan besar penglibatan Selangor dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

TERKINI: FAS Tamatkan Kontrak B.Satianathan

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan

B.Satianathan: Kekalahan Ini Salah Saya, Turunkan Pemain Yang Belum Bersedia

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group