Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terbuka dengan apa jua cadangan yang dikemukakan bagi menjaga kepentingan pasukan selain pihak penaja yang turut memainkan peranan besar dalam saingan liga tempatan.

Baru-baru ini, terdapat cadangan supaya saingan Piala Malaysia dirombak format atau dimansuhkan bagi memastikan saingan liga tidak diheret hingga ke bulan Disember.

MFL
Sumber Gambar: Berita Harian

“Kita sudah ada beberapa strategi dan perancangan untuk memastikan liga berjalan lancar sebaik penangguhan Liga berakhir disebabkan penularan Covid-19.

“Tapi, kita juga sedia mengambil apa jua pandangan dan cadangan daripada pasukan demi kebaikan liga kita. Saya ambil maklum akan cadangan itu (rombak format Piala Malaysia) dan akan dibincangkan nanti.

“Apa yang mustahak, kita tidak mahu pasukan menghadapi masalah di kemudian hari dan sebagai badan induk yang menyelaraskan Liga M, kita akan selesaikan dengan cara terbaik dan memuaskan hati rakan kongsi,” kata Dato’Ab Ghani menurut laporan Harian Metro.

MFL
Sumber Gambar: FA Selangor

Saingan Liga Malaysia ketika ini ditangguhkan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda negara ketika ini.

Jika liga diteruskan sehingga bulan Disember, maka pasukan yang mengikat kontrak pemain sehingga bulan November akan menghadapi masalah dimana mereka berdepan kemungkinan pemain tersebut enggan beraksi kerana sudah tidak terikat kontrak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Satiananthan Tidak Setuju Cadangan Pemotongan Gaji Pemain Kerana Penangguhan Liga Malaysia

TERKINI: Tonton Video Paparan Keadaan Semasa Bumbung Stadium Shah Alam Yang Sangat Daif

Bekas Pemain JDT, Gabriel Guerra Sertai Sarawak United