Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan tiada layanan istimewa atau double standard yang diberikan kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan pihaknya tetap memberikan teguran dengan menghantar surat tunjuk sebab sekiranya mana-mana pasukan didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan ataupun melakukan kesalahan.

“Tiada ‘double standard’ kerana mungkin sebab itu pandangan masing-masing. Sekiranya pasukan melakukan kesalahan, MFL akan menghantar surat tunjuk sebab tetapi kita tidak bolehlah siarkan di mana-mana platform.

“Perkara ini berlaku walaupun JDT membuat kesalahan, kita menghantar (surat tunjuk sebab) dan menunggu jawapan. JDT pun pernah didenda juga tetapi kita tak cakap,” katanya dalam satu rancangan di Astro Arena baru-baru ini.

Sebelum ini, MFL dikritik hebat dimana mereka dianggap pilih kasih ketika gambar kehadiran penyokong di Stadium Sultan Ibrahim tular di laman media sosial dan tiada tindakan diambil. Situasi berbeza dengan Selangor apabila pasukan itu mendapat teguran ketika penyokong mereka berada di hadapan Stadium MBPJ.

Tambah Datuk Ghani, tidak semua perkara boleh disebarkan menerusi kenyataan rasmi kerana sebagai badan pengendali liga, mereka perlu menjaga hati setiap rakan kongsi mereka.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Tan Cheng Hoe Gembira Dengan Perkembangan Luqman Hakim

Pengadil Perlawanan Sabah Bertemu Terengganu Digantung 2 Minggu, Natxo Insa Akan Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Guilherme De Paula Tetap Optimis, Anggap Kritikan Sebagai Motivasi

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group