Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menafikan tanggapan ramai pihak bahawa saingan musim 2020 bermula pada penghujung Februari kerana mahu memberi laluan kepada Stadium Sultan Ibrahim untuk siap sepenuhnya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata demikian ketika majlis menandatangani perjanjian antara MFL dan TM yang menyaksikan syarikat tersebut kembali menjadi penaja rasmi Liga Malaysia musim ini.

MFL
Dato’ Ab Ghani Hassan. Sumber Gambar: MFL

Ketika ditanya sama ada Stadium Sultan Ibrahim menjadi sebab utama mengapa Liga bermula sedikit lambat, Dato’ Ab Ghani menafikan sekeras-kerasnya dan berkata pihaknya harus memberikan penerangan mengenai Economic Control Programme (ECP) kepada pasukan bertanding terlebih dahulu.

“Bukan sebab itu (isu stadium). Liga bermula lambat kerana kita perlu memberi penerangan kepada pasukan bertanding mengenai ECP terlebih dahulu.

“Malah, langkah yang kita ambil ini mendapat pujian daripada pihak luar,” kata Dato’ Ab Ghani.

MFL
Sumber Gambar: MFL

Dakwaan mengenai Stadium Sultan Ibrahim menjadi faktor utama mengapa saingan Liga Malaysia musim 2020 bermula pada akhir Februari berlegar di laman media sosial sejak akhir-akhir ini.

Liga Malaysia musim 2020 akan membuka tirai pada 28 Februari dimana juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim akan turun menentang juara Piala FA 2019, Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga Malaysia di sini:

RASMI: TM Sah Penaja Utama Liga Malaysia, Komitmen 3 Tahun Bukti Sokongan Terhadap Bola Sepak Tempatan

Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan

Tunggakan Gaji: Patrick Cruz Ugut Heret Pahang FA Ke FIFA