Teknologi zaman sekarang semakin canggih dan setiap orang pasti memiliki ‘smartphone’ daripada kanak-kanak hingga dewasa. Malah, di zaman moden ini juga pelbagai jenis aplikasi atau platform telah muncul bertujuan untuk memberikan hiburan atau memudahkan urusan seharian.

Salah satu aplikasi yang paling popular dalam kalangan orang muda hari ini ialah TikTok. Ia adalah platform yang mempunyai pelbagai jenis video unik serta dilengkapi dengan  lagu atau bunyi menarik.

TikTok juga bukan sekadar tempat para pengguna mendapatkan hiburan seperti menari atau menyanyi dengan suara latar tetapi ia juga mempunyai pelbagai jenis kandungan bermanfaat seperti pendidikan, nasihat kewangan, tips kehidupan, resepi memasak dan macam-macam lagi.

Malah, badan pengendali Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) turut tidak melepaskan peluang apabila melancarkan akaun rasmi TikTok untuk mendekatkan hubungan dengan para peminat bola sepak tempatan.

Sempena kehangatan aksi TM Piala Malaysia 2021, MFL juga menganjurkan cabaran hashtag #TMPialaMalaysia2021 di TikTok di mana pemenang bakal membawa pulang bola rasmi TM Piala Malaysia, PUMA Final 1!

Anda hanya perlu merakam cara anda meraikan gol di pentas #TMPialaMalaysia2021 dan memuat naik video tersebut di laman TikTok.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyertai cabaran ini:

  1. Rakam gaya anda meraikan gol di pentas TM Piala Malaysia 2021!
  2. Muat naik video anda di TikTok dengan menggunakan hashtag #TMPialaMalaysia2021 dan “tag” profil TikTok rasmi MFL. Pastikan profil anda adalah umum (public).
  3. Jangan lupa untuk “like” profil rasmi MFL di TikTok juga!
  4. Anda bebas untuk menggunakan berbagai “effect” atau “filter” khas di TikTok.

Pemenang akan ditentukan oleh barisan panel yang akan mengambil kira tiga aspek utama, iaitu:

  1. Kreativiti
  2. Originaliti
  3. Metrik TikTok seperti “views” dan “likes”

Pertandingan ini khas untuk laman TikTok sahaja dan akan berlangsung dari 12.00 tengah hari Jumaat, 29 Oktober 2021 sehingga jam 11.59 malam Ahad, 5 Disember 2021! Jom sertai cabaran hashtag #TMPialaMalaysia2021 sekarang!

Klik sini untuk terma dan syarat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan TM Piala Malaysia 2021 melalui pautan dibawah:

Saingan Piala Malaysia Kembali Bersambung, Kali Ini Dimeriahkan Dengan Kehadiran Penyokong

24 Pemain Dan Pegawai Positif COVID-19, Negeri Sembilan Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Buat Piala Malaysia

Melaka United Mahu Kukuhkan Peluang Ke Peringkat Seterusnya