Malaysian Football League (MFL) hari ini mengeluarkan garis panduan kepada setiap pasukan Liga Malaysia 2020 selaras dengan arahan perintah kawalan pergerakan akibat wabak COVID-19 seperti yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Malaysia semalam (16 Mac 2020).

Berdasarkan perutusan khas oleh Yang Amat Berhomat Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin mengenai pelaksanaan kawalan pergerakan itu, MFL dengan ini memaklumkan perkara-perkara seperti berikut:

I. Pasukan adalah dilarang mengadakan latihan.

II. Pemain asing tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan negara ini kerana dikhuatiri pemain tersebut tidak dibenarkan masuk semula disebabkan sekatan kemasukan warga asing ke negara ini seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia.

III. Pasukan tidak dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan.

IV. Mengurangkan pergerakan pasukan.

Sehubungan dengan itu, MFL menggesa semua pihak memberi kerjasama yang baik terutamanya ketika situasi yang mencabar ini dengan mematuhi arahan pelaksanaan kawalan pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Kualiti Visual Siaran Langsung Platform UnifiTV Persis Video 3GP, Cetus Rasa ‘Annoying’ Peminat Bola Sepak

Penyokong Terengganu ‘Panas Kepala’ Dengan Tindakan Pengurusan Pasukan, Apa Logik Mohon Penangguhan?