Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan menegur sikap segelintir pasukan Liga Malaysia dilihat masih lalai dan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang perlawanan berlangsung.

SOP tersebut dibuat untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan memastikan kelancaran perlawanan liga domestik yang kembali bersambung pada 28 Ogos 2020 selepas ditangguhkan sejak 16 Mac 2020.

Justeru itu, beliau berharap semua pasukan yang bertanding dalam memberikan kerjasama dan mengelakkan daripada didenda kerana kegagalan mematuhi SOP tersebut.

“Untuk makluman, pihak sekretariat MFL telah memantau perlawanan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020 yang kembali bersambung pada 28 dan 29 Ogos 2020 termasuk dua perlawanan tertunda pada 22 Ogos 2020.

“Berdasarkan laporan Komisioner Perlawanan yang dilantik, pihak sekretariat MFL mendapati terdapat beberapa pelanggaran SOP yang kerap berlaku sepanjang tempoh perlawanan berikut.

“(Pertama) kegagalan pegawai pasukan dan petugas memakai pelitup muka dengan betul dan (kedua) pematuhan penjarakan fizikal tidak diamalkan oleh petugas dan VVIP yang hadir.

“Sehubungan dengan itu, pihak MFL ingin menyeru pasukan-pasukan yang bertanding supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya hukuman dan denda bagi kegagalan pematuhan dapat dielakkan dan bersama-sama menjayakan pengelolaan perlawanan baki saingan Liga Malaysia 2020,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

PBNP Nafi Tidak Bayar Gaji, Sumareh Keluar Tanpa Berbincang Dengan Pihak Pengurusan

ZamSaham: “Kelantan Miliki Penyokong Paling Unik Di Malaysia, RM6.8 Juta Untuk ‘Settle’ Semua Pemilikan 100%

Aidil Sharin Keliru Dengan Tindakan KFA Mengenai Tunggakan Gaji