Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hasaan mengesahkan pihaknya akan memberi agihan hak penyiaran kepada pasukan Liga Malaysia. Namun, ia bergantung kepada jumlah nilai tajaan keseluruhan yang diperolehi pada musim ini.

Minggu lalu, MFL memeterai perjanjian kerjasama bersama Telekom Malaysia (TM) Berhad menerusi anak syarikat, TM Multimedia (TMM) yang menjadikan TM sebagai penaja utama bagi saingan Piala Malaysia.

“Kita masih bergerak mencari penajaan untuk musim ini. Di peringkat MFL kita mengharapkan lebih banyak penajaan kerana kita ada tanggungjawab kepada rakan kongsi.

“Hak penyiaran itu semestinya ada dan ia hanya akan dimaklumkan kepada rakan kongsi ketika perjumpaan nanti,” katanya dalam Bernama.

MFL
Sumber Gambar: MFL

Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, sebelum ini, dipetik sebagai berkata, jumlah hak penyiaran bagi saingan musim ini kemungkinan besar dikurangkan susulan kesukaran mendapatkan penajaan.

Pasukan Liga Super dan Liga Premier sebelum ini dijangka menerima hak penyiaran Liga-M musim 2019 masing-masing bernilai RM3 juta dan RM1 juta, namun hanya menerima separuh daripada jumlah tersebut berikutan MFL berhadapan kekangan kewangan akibat ketiadaan penaja utama.

Dalam pada itu, Ab Ghani berkata dengan nilai tajaan serta keadaan ekonomi semasa memaksa MFL menangguhkan rancangan menubuhkan badan bebas pengadil Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM).

“Setakat ini ia (PMOM) ditangguhkan kerana memerlukan perbelanjaan yang besar…begitu juga dengan VAR (video bantuan pengadil), ia juga kita terpaksa tangguh,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

MFL: Liga Bermula Lambat Kerana ECP, Tiada Sebab Lain

Liga Malaysia 2020: Bekas Pemain Kitchee FC Dan Penyerang Skuad Kebangsaan Guinea Perkuatkan PJ City

Liga Malaysia 2020: Tonggak Tengah Skuad Kebangsaan Namibia Sertai Sabah