Isu berkaitan hak penyiaran Liga Malaysia dilihat bakal menemui titik noktah apabila pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan rakan kongsi, Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) bakal membuat pengumuman mengenai tawaran dan pakej pengstrukturan semula hak penyiaran Liga Malaysia.

EVC dalam satu kenyataan menyebut mereka telah melengkapkan proses penilaian tawaran dan pakej pengstrukturan semula hak penyiaran Liga Malaysia musim depan dalam jangka masa 60 hari seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Enervive

Enervive

Sejak pelantikan EVC sebagai rakan kongsi kepada MFL pada Julai lalu, kedua-dua pihak telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap setiap tugas yang diberikan dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara proaktif dalam usaha memenuhi tarikh akhir yang diberikan.

Bagaimanapun pengumuman berhubung tawaran dan pakej penyiaran Liga Malaysia berkenaan hanya akan didedahkan kepada umum selepas kertas kerja itu dibentangkan terlebih dahulu kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Ia mengambil sedikit masa memandangkan beberapa Ahli Lembaga Pengarah MFL kini berada di Jakarta untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya dalam aksi pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia.

Sejurus daripada itu, pihak MFL dan EVC akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan berkaitan tawaran dan pakej pengstrukturan semula hak penyiaran Liga Malaysia.

Syarikat Dari Amerika, Singapura, Dan United Kingdom Berminat Melabur Dalam Hak Penyiaran Liga Malaysia

Tambah EVC, mereka perlu mengambil setiap pertimbangan dan saranan daripada semua pemegang taruh iaitu pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan. Syarikat korporat dan pertubuhan di dalam dan luar negara turut terlibat di mana EVC telah pun memulakan komunikasi dengan pelbagai pihak termasuk firma modal teroka.

Menurut EVC lagi, Menerusi penstrukturan semula ini menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

Ini membolehkan penyokong memainkan peranan dalam membantu pasukan apabila bayaran langganan siaran langsung perlawanan akan terus kepada setiap pasukan.

Baca mengenai isu melibatkan hak penyiaran Liga Malaysia di sini:

Tidak Wajar Sensasikan Bayaran Hak Penyiaran – PBSNT

MFL Agih Bayaran Hak Penyiaran Fasa Pertama

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group