Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) nyata tidak cepat berpuas hati meskipun telah menandatangani perjanjian bersama TM dan CIMB untuk menjadi penaja bagi saingan musim 2020.

Perkara ini dibuktikan apabila mereka sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang berpotensi untuk menjadi penaja bagi memastikan saingan liga bola sepak tempatan berjalan efisyen.

MFL
Sumber Gambar: MFL

Hal ini disuarakan oleh Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis menandatangani perjanjian bersama CIMB sebagai penaja bersama saingan elit Liga Malaysia musim ini.

“Kita sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat bagi menaja saingan Liga Perdana. Tetapi masih belum ada perkara yang dimuktamadkan.

“Sudah tentu saya serta pihak lembaga pengarah akan berusaha lebih keras untuk mendapatkan lebih ramai penaja. Ini kerana kita memerlukan dana untuk menggerakkan Liga kita supaya lebih efektif dan efisyen,” kata Datuk Hamidin.

MFL
Sumber Gambar: MFL

Meskipun telah menandatangani perjanjian bersama TM dan CIMB, namun MFL memilih untuk tidak mendedahkan nilai tajaan kepada umum.

Badan tersebut akan segera membuat perjumpaan dengan rakan kongsi bagi memaklumkan mengenai nilai tajaan yang diterima daripada dua penaja tersebut.

Baca artikel lain mengenai penajaan Liga Malaysia musim 2020 di sini:

MFL Beri Sebab Mengapa Nilai Tajaan Liga Malaysia Tidak Didedahkan

RASMI: MFL Umumkan CIMB Bank Sebagai ‘Title Sponsor’ Saingan Liga Super Malaysia Dan Piala Sumbangsih

Nilai Tajaan Liga Malaysia Tidak Didedahkan Kepada Umum, Tidak Perlu Dijadikan Sebagai Satu Isu Berbangkit