Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan membentangkan cadangan untuk penyokong dibenarkan hadir bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika Kongres MFL kali keempat di Hotel Marriot hari ini dimana beliau menyatakan pihaknya akan membentangkan cadangan untuk membenarkan kehadiran penyokong bermula dengan skala kecil.

“Kami mencadangkan sebanyak 10 peratus penyokong untuk dibenarkan masuk ke stadium. Kami akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana kami sebulat suara mahu perkara ini dilaksanakan.

“Perkara ini melibatkan kemeriahan Liga Malaysia disamping penajaan itu sendiri. Kami mahu penyokong untuk dibenarkan hadir ke stadium dan sudah pasti mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan MKN

“Kami akan bermula dengan skala kecil terlebih dahulu. Bilangan tersebut akan bertambah secara berperingkat,” kata Datuk Hamidin.

Stadium

Penyokong sudah dibenarkan hadir bagi menyaksikan perlawanan Liga Vietnam

Beberapa liga di negara Asia lain seperti Thailand, Vietnam dan Jepun terlebih dahulu membenarkan penyokong untuk hadir ke stadium bagi saingan liga domestik.

Mereka bermula dengan skala kecil dan kemudiannya membenarkan lebih ramai penyokong hadir sambil menerapkan SOP ketat dalam setiap perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

KFA Perkenalkan Logo Baharu Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman

Khalid Ali: “Yusri Che Lah Tak Layak, Kemana Hala Tuju Skuad Projek FAM-MSN Ini?”

Melaka United Jadi Destinasi Pilihan Khairul Helmi

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group